Oleh DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Ketika ini kebanyakan negeri di Malaysia telah mempunyai calon qari
dan qariah untuk mewakili
negeri ke musabaqah peringkat kebangsaan.
Kemeriahan membaca al-Quran dalam kalangan qari secara bertarannum amat
dirasai peminatnya.
Bakat yang ada pada pembaca al-Quran bukanlah lesen untuk membaca
al-Quran tanpa guru. Seni bacaan al-Quran perlu kepada latihan dan
tunjuk ajar yang berterusan daripada guru yang berkebolehan.
Kebiasaannya, guru akan memberi tunjuk ajar cara bertarannum dengan
kesesuaian makna ayat. Jika ayat yang dibaca adalah berkaitan azab sudah
tentu tarannum yang dialunkan juga adalah bernada sedih. Manakala,
sekiranya kandungan ayat bermaksud gembira yang berupa nikmat syurga
atau kemenangan sudah tentu nada tarannumnya bersifat ceria dan gembira.
Begitu pun terdapat juga qari yang menekankan lagu semata-mata tanpa
melihat kepada maksud ayat. Maka berlakulah ayat yang bermaksud azab
dibaca dengan nada gembira dan ayat yang bermaksud nikmat syurga dibaca
dengan sedih.
Ulama Quran sejak dulu lagi selalu berbincang tentang keharusan
membaca al-Quran secara bertarannum. Ada yang mengharuskan dan ada yang
melarang. Ia menjadi harus jika sekiranya semua kaedah lagu dibaca
dengan mengikut hukum tajwid. Ini bermaksud semua lenggok suara atau
disebut burdah dibaca tidak melebihi harakat dalam ilmu tajwid.
Timbul permasalahan apabila ada penceramah yang membaca satu hadis
yang bermaksud orang pertama yang dibicarakan pada hari akhirat ialah
pembaca al-Quran, ditanya apakah yang kamu buat?
Dijawab aku belajar
ilmu dan membaca al-Quran. Malaikat menjawab, kamu dusta, kamu belajar
ilmu untuk dikatakan kamu seorang yang alim dan kamu membaca al-Quran
untuk dikatakan kamu seorang qari. Lalu dia dihumbankan ke dalam neraka.
Pencerahannya ialah hadis riwayat al-Nasaei dalam sunannya itu perlu
dibaca secara keseluruhan. Hadis tersebut bermula dengan lelaki yang
syahid yang ditanya bagaimana matinya lalu dijawab.
Malaikat berkata
kamu dusta tetapi kamu berjuang untuk dikatakan berani dan dia dihumban
ke dalam neraka. Kedua lelaki yang belajar ilmu dan al-Quran dan ketiga,
lelaki yang dikurniakan harta yang banyak ditanya bagaimana kamu
beramal. Lelaki tersebut menjawab aku berinfak di semua tempat. Malaikat
menjawab kamu dusta, kamu berinfak untuk dikatakan pemurah dan dia
dihumban ke dalam neraka.
Ketiga-tiga lelaki di dalam hadis ini mempunyai niat yang tidak
ikhlas kepada Allah. Walaupun mereka beramal dengan amalan yang baik
tetapi niat mereka tidak ikhlas dengan melakukan untuk tujuan nama,
bermegah dan dipuji oleh makhluk.Justeru, amalan mereka tidak diterima.
Home »
Bicara Islam
» Seni bacaan al-Quran
Seni bacaan al-Quran
Written By zabidi on Wednesday, 7 May 2014 | 10:01 pm
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment