Oleh
Mira merupakan seorang anak bongsu dari dua orang adik beradik.
Ibunya seorang penyapu sampah
yang sudah tua. Beliau sering sakit-sakit
kerana terlalu kuat bekerja untuk memperbaiki taraf hidup merka
sekeluarga. Ayah mereka yang selama ini mencari nafkah buat mereka
sekeluarga telah meninggal dunia kerana terlibat dalam suatu kemalangan
ketika baru pulang dari memotong getah.
Kehidupan mereka daif;
ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Suatu hari Mira
pulang dari sekolah dan terus menuju ke dapur lalu membuka tudung saji
di atas meja. Alangkah marahnya Mira apabila melihat tiada satu pun
makanan di atas meja. Lalu ibunya yang tua menjadi sasaran kemarahannya.
“Ibu,
kenapa Ibu tak masak lagi? Kan dah tahu Mira kan balik sekolah
tengahari. Dah la bagi duit saku pun tak cukup untuk Mira beli nasi kat
sekolah. Ibu! Mira dah tak larat hidup macam ni! Ibu di rumah tahu tidur
jer.”
Begitulah kata-kata Mira kepada Ibunya yang kebetulan pada hari itu tertidur di atas sofa lusuh di ruang tamu.
Mira
tidak tahu bahawa ibunya mengalami demam yang panas kerana tidak cukup
rehat dek kerana mencari nafkah buat mereka sekeluarga. Mira hanya
mementingkan dirinya sahaja. Ibunya diam mendengar leteran puteri
kesayangannya itu. Tidak lahir satu pun rasa marah kepada Mira pada
waktu itu. Padanya, memang salah dirinya kerana gagal untuk memasak
juadah untuk anaknya yang baru pulang dari sekolah. Ibunya teringat
pesan arwah suaminya supaya menjaga anak-anak mereka dengan baik.
“Mira, lapar ya sayang? Sebentar ibu masakkan ya.”
Lantas,
Ibu pun segera bangun menyediakan juadah untuk anak kesayangannya. Mira
menghentak kaki dan segera masuk ke dalam biliknya tanda protes kerana
ibunya gagal menyediakan makanan buatnya apabila beliau balik dari
sekolah. Ibu hanya diam melihat gelagat anaknya namun beliau tahu Mira
hanya ingin meluahkan perasaan marahnya kerana kesalahannya sendiri.
Sedang
Ibu memasak, pulang anaknya yang sulung, Along, yang baru sahaja pulang
dari tempat kerja. Melihat ibunya yang masih belum lega demamnya sedang
memasak, Along lantas menyuruh ibunya berehat dan dia mengambil alih
tugas ibunya memasak. Along tahu bahawa ibunya sudah penat untuk
melakukan semua itu tambahan dengan demam yang dialaminya belum lagi
sembuh.
Along seorang anak yang amat berhati mulia dan amat
memahami kondisi ibunya yang sudah tua dan sudah tidak berdaya lagi.
Sedang asyik Along memasak, Mira datang dan bertanya di manakah ibu.
Lantas along menjawab bahawa ibu sedang tidur di sofa lusuh di ruang
tamu, mungkin ibu penat agaknya.
Mira dengan pantas menuju ke
ruang tamu dan mengejutkan ibunya untuk meminta wang kerana dia mahu
keluar bersuka-ria bersama kawan-kawannya. Along begitu marah melihat
gelagat adiknya yang mengejutkan ibu yang sedang lena tidur semata-mata
untuk meminta wang. Along memarahi Mira. Namun Ibu dengan segera
meleraikan pergaduhan mereka.
“Along, janganlah kamu memarahi adik
kamu, dia hanya mahu meminta wang untuk membeli buku rujukan bersama
rakan-rakannya, lagipun SPM pun dah dekat. Ibu mahu dia berjaya kelak,”
lantas ibu masuk ke dalam biliknya dan meyeluk saku baju kerjanya. Mira
hanya menurut ibunya dari belakang. Ibu memberi RM30.00 kepada Mira
namun itu belum cukup bagi Mira, dia merampas wang lebihan yang ada di
tangan ibunya.
“Jangan Mira, itu wang untuk…..”
Belum habis ibunya berkata-kata Mira terus keluar dari rumah. Suara Mira dari luar jelas didengari oleh ibunya.
“Ibu, duit kita boleh cari lagi. Jangan risau,” dia tidak tahu ibunya bertungkus-lumus mencari wang untuk mereka sekeluarga.
Namun,
ibunya tidak menaruh sebarang perasaan marah kepada anaknya itu kerana
anak merupakann kurniaan Allah yang tidak boleh dijual beli baginya.
Along tidak melihat apa yang berlaku kerana asyik memasak di dapur.
Hari
ini tidak seperti hari yang sebelumnya, jam sudah menunjukkan jam 11.00
malam. Mira masih belum pulang ke rumahnya. Ibu dan Along sudah mula
risau. Tidak lama kemudian, telefon berbunyi dan Along segera
mengangkatnya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendengar satu-satu
adiknya telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan penglihatannya
menjadi buta.
Ibu yang mendengar berita itu amat terkejut lalu
mencari orang untuk menghantar mereka berdua ke hospital dengan kadar
segera. Setibanya di hospital, Ibu melihat teriakan Mira yang amat sedih
akibat hilang keupayaan untuk melihat.
“Sudah tidak guna lagi aku hidup di dunia ini, aku sudah tidak mampu melihat lagi.”
Ibu
sudah tidak sanggup untuk melihat cahaya matanya yang kedua itu hidup
dalam kegelapan selama-lamanya. Dia harus mencari cara untuk
mengembalikan penglihatan anaknya semula.
Seketika kembali seorang
doktor datang ke arah Mira dan berkata bahawa. “Mira, awak jangan
risau, kami telah menemui seorang penderma yang sanggup mendermakan
matanya kepada awak.”
Mira merasakan dirinya orang yang paling bertuah setelah mendengar berita yang gembira itu.
Hari
pembedahan sudahpun tiba, pembedahan semuanya berlaku dengan lancar.
Pembedahan itu mengambil masa selama hampir 4 jam. Hasilnya juga
mengembirakan.
Hari ini hari yang penting buat Mira kerana balutan
pada matanya akan dibuka dan menandakan samada beliau berjaya melihat
kembali ataupun tidak. Hasilnya amat memberangsangkan. Mira dapat
melihat semula.
Orang yang pertama dilihatnya ialah Along. Dia
tertanya-tanya dimanakah Ibu. Dia mahu meminta maaf kepada Ibu atas
semua kesalahan yang telah beliau lakukan. Mira sudah insaf.
“Along,
di mana Ibu? Mira hendak mencium tangan ibu dan meminta maaf kepadanya.
Tangisan air mata jelas kelihatan mengalir di pipi Along.
“Along,
mengapa menangis? Ibu mana?” pertanyaan itu ditanyakan kepada Along
berkali-kali tetapi hanya linangan airmata dapat dilihat mengalir di
mata Along. Berbagai persoalan bermain di minda Mira saat itu.
“Ibu
sudah meninggalkan kita Mira!!! Ibu mengalami komplikasi semasa
pembedahan mendermakan matanya kepadamu adik. Dia mengambil risiko untuk
menjalani pembedahan walaupun usianya sudah lanjut adik. Ibu telah
melakukan satu pengorbanan yang sangat besar kepada kamu Mira!!!”
Along cuba menenangkan Mira dan memberikan sepucuk surat kepada Mira.
“Mira,
Di saat kau membaca surat ini,
Mungkin Ibu telah pergi meninggalkan dunia ini,
Andai kata Ibu pergi sebelum sempat berjumpa dengan Mira,
Ibu pasti Mira pasti sudah boleh melihat…
Ibu mahu kamu dapat melihat dunia ini dan kebesaran Ilahi…
Ibu sudah mengampunkan segala dosa-dosa Mira…
Terimalah sepasang mata ini daripada ibu…”


Post a Comment