Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
KEMULIAAN seseorang berkait rapat dengan
kesungguhannya dalam menambah dan meningkatkan
iman. Ingatlah perkara
paling berpotensi untuk menambah dan menguatkan iman adalah melalui
‘ilmu’, kemudian amal salih dan zikrullah. Iman ada pasang surutnya,
sekejap meningkat naik dan pada masa yang lain pula merundum jatuh,
ketika ia jatuh, ia boleh memusnahkan diri manusia kerana pada ketika
itu yang menguasainya adalah nafsu, bukannya iman.
Maka tiap kali
seorang hamba menambah ilmu dan amal salihnya bererti dia sedang
memperbaharui imannya dan inilah yang dimaksud oleh hadis Rasulullah
s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud: “Perbaharuilah iman kamu, baginda
ditanya: “Bagaimana kami boleh memperbaharui iman kami, beliau menjawab:
“Perbanyakkanlah mengucapkan kalimat laa Ilaha Illallah.” (riwayat
Ahmad: 8944 dan Al Hakim: 7766)
Memperbaharui iman sangat penting bagi setiap Muslim, apalagi para aktivis dakwah dan para mujahid fisabilillah.
Sebabnya ialah kesibukan dengan tugas harian, sering kali didapati
kesibukan dalam menjalankan tugas-tugas dakwah, ditambah lagi kesibukan
mencari nafkah atau mengurus rumah tangga, para aktivis dakwah dan
mujahid tidak sempat untuk mengurus hatinya yang terkadang-kadang
melekat padanya warna hitam yang terpalit dosa yang tidak disedarinya.
Ramadan yang dilalui sebulan lalu, penuh dengan tarbiyah dan amalan
yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT, mengapa tidak, Ramadan
sinonim dengan tadarus al-Quran, solat tarawih, berqiyamullail, ada
Lailatulqadar yang lebih baik daripada 1,000 bulan, zakat dan
seumpamanya, semua itu adalah amalan yang boleh menaikkan iman sekali
gus mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.
Justeru Rasulullah
mengingatkan kita dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan
suatu dosa terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia
bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka
bersihlah daripadanya bintik hitam itu.
Dan apabila dia terus
melakukan dosa bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga
tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah di dalam
kitabnya: “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang mereka
usahakan telah menutup hati mereka.” (Surah al- Mutaffifin ayat 14).
(Hadis riwayat al-Baihaqi)
Imam al-Ghazali pernah berkata, bahawa
hati (kalbu) itu ibarat cermin. Ketika seseorang melakukan
dosa/maksiat, maka ada satu titik hitam menodai kalbunya. Semakin banyak
dosa, semakin banyak titik itu menutupi kalbunya. Jika sudah tertutup
dengan banyak titik hitam, kalbu yang ibarat cermin itu tidak mampu lagi
digunakan untuk bercermin; dengan demikian, kepekaan spiritual yang
biasa dilakukannya, akan lenyap daripada dirinya.
Jika sudah
seperti itu, jangankan dosa kecil, apalagi sekadar berbuat makruh dan
melakukan banyak hal mubah yang melalaikan, dosa besar sekalipun tidak
lagi dianggap besar. Jangankan meninggalkan hal sunnah, meninggalkan
kewajipan pun sudah dianggap perkara biasa. Akhirnya, kepekaan kalbunya
akan hilang; tidak lagi mampu mengenali dosa, apalagi dosa yang dianggap
kecil.
Arahan baginda s.a.w. untuk memperbaharui iman bertujuan
mengikat kalbu dan hati manusia kepada Allah, Tuhan Yang Mencipta alam
ini dan segala yang ada di antara langit dan bumi, terutama golongan
pendakwah, motivator, ustaz, pensyarah, pemerintah dan apa sahaja
namanya, kesemua mereka dituntut untuk sentiasa memperbaharui iman.
Kenapa perlu perbaharui iman?
Justeru baginda s.a.w. ada menegaskan dalam satu hadisnya yang mafhumnya
kita boleh fahami, bahawa berpagi-pagi seseorang Muslim itu sebagai
seorang Muslim, dan ketika berpetangpetang dia menjadi kafir. Begitulah
sebaliknya, ini menunjukkan bahawa seseorang Muslim itu tanpa disedari
melakukan kesalahan yang melibatkan persoalan agama.
Sebagai
contoh, pada waktu pagi bersolat subuh, tengah hari di pejabat menerima
sogokan atau rasuah daripada seseorang untuk mengeluarkan lesen dan
sebagainya.
Mari kita renung persoalan iman dan amalan yang
dilakukan oleh para ahli ibadat, tidak akan meningkat mutunya jika tidak
disandarkan kepada kefahaman mendalam mengenai ilmu-ilmu fardu ‘ain,
malah seseorang itu perlu mengetahui sedalamdalamnya maksud dan tujuan
beribadat kepada Allah SWT, ia tidak lain agar hati-hati manusia menjadi
lunak, lembut dan sentiasa berhubung dengan-Nya.
Berikut adalah
antara pendekatan agama yang menjadi kemestian untuk diketahui,
direnungi dan seterusnya diamalkan sebagai satu cara hidup beribadat
kepada Allah:
1. Setiap Muslim perlu mengetahui, bahawa Allah SWT
amat gembira kepada hamba- Nya yang sentiasa memohon dan berhubung
dengan-Nya.
2. Setiap Muslim juga perlu mengetahui, bahawa segala
apa yang menimpa diri adalah hasil daripada dosa dan kesalahan yang
dilakukan. Hal ini telah diperingatkan Allah menerusi ayat 79 surah
an-Nisaa yang bermaksud: “Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah
daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu adalah kesalahan
diri kamu sendiri.”
3. Semestinya setiap Muslim tidak terlibat
dalam dosa-dosa besar dan kecil yang berterusan, kerana ia boleh
menjadikan seseorang itu jauh daripada rahmat Allah dan sentiasa
berwaspada dalam hubungan akidahnya dengan Allah.
4. Setiap
Muslim perlu mengetahui, bahawa dosadosa yang dilakukan itu mempunyai
banyak rangkaian yang menjurus ke arah neraka, justeru perlu dia menjaga
hati, roh dan meyakini bahawa segala kebaikan yang dilakukan mampu
menyelamatkannya dari mememasuki api neraka.
Sehubungan ini,
Allah SWT menjelaskan dalam ayat 81 surah al-Baqarah yang bermaksud:
“Sebenarnya, sesiapa melakukan dosa dan dia telah dikuasai oleh dosanya,
mereka itulah penghuni neraka dan kekal di dalamnya.”
5. Perlu
setiap daripada kita mengetahui, bahawa kita sebagai manusia, sentiasa
terdedah kepada dosa dan maksiat. Ini membuktikan kelemahan diri kita
dan sekali gus membuktikan keagungan Allah, justeru kewaspadaan adalah
senjata paling utama dalam menangkis segala kekurangan dari sifat-sifat
mazmumah.
6. Dalam menjalani proses kehidupan sebagai Muslim,
kita berada antara dua keadaan, sama ada roh kita akan maju atau
sebaliknya, perkara ini dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 37 surah
al-Muddathir yang bermaksud: “Iaitu bagi siapa yang ingin maju dengan
peringatan atau mundur dengan menolak peringatan.
Home »
Bicara Islam
» Perbaharui iman, dekati Allah
Perbaharui iman, dekati Allah
Written By zabidi on Sunday, 17 August 2014 | 3:34 pm
Labels:
Bicara Islam


Post a Comment