NABI Muhammad s.a.w merupakan rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT
ke muka bumi ini, baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu
menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah
memiliki sifatsifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).
Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah
(Hablun MinALLah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak
lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya
(Hablun Minan Nas).
Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda,
sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di
akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik
daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka
layak memasuki syurga Allah.
Begitulah halnnya dengan puasa enam
di bulan Syawal, baginda mahukan daripada umatnya agar sentiasa peka
dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana
bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia
melabuhkan tirainya.
Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di
ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat,
memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa,
ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan
Masihi 365 hari.
Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa
Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang
itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal,
ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.
Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari
dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun.”
(Riwayat Muslim dan Imam Ahmad )
Inilah yang dikatakan ingatan
Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan
solat pada malam Mikraj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak
akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke
hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjdai lima waktu sahaja. Itu pun
ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.
Izin suami untuk puasa enam Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan
melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin
suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunat,
sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan,
melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.
Apatah
lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur
syar’ie, dia digalakkan untuk mengqada’nya pada bulan Syawal diniatkan
untuk qada’ puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama,
insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan
pahala setahun berpuasa.
Bagaimana dengan sikap kita terhadap
baginda Rasulullah? Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering
mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana
pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil apabila berhadapan
dengan Allah SWT.
Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan,
perakuan yang terbit daripada diri lidah kita yang tidak bertulang itu
memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran
Muhammad s.a.w.
Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.
Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita
hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya
dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al- Quran,
masalah perzinaan sebagai contoh, apabila sabit kesalahan dengan
saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah
berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi
ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ini ditukar kepada undang-undang denda dan
penjara.
Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka
mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat? Tepuk dada
tanda iman.
Home »
Bicara Islam
» Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi
Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi
Written By zabidi on Wednesday, 13 August 2014 | 10:33 am
Labels:
Bicara Islam


Post a Comment