Oleh MOHD ARIF JUHANI
MENJELANG musim persekolahan sesi 2015/2016, tidak banyak berita
gembira yang mampu meredakan kerunsingan ibu bapa bagi menyediakan
kelengkapan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak mereka.
Walaupun harga minyak dan diesel dilaporkan turun pada malam 1 Januari
lalu, namun cabaran yang terpaksa dipikul oleh ibu bapa ternyata
bertambah dan lebih memeritkan yang bermula dengan perbelanjaan harian
sehingga kekalutan membayar kos pendidikan anak-anak.
Ansuran
kereta dan rumah, sewa rumah yang semakin meningkat, perbelanjaan
petrol, tol, barang dapur dan sebagainya merupakan tekanan kewangan yang
dihadapi setiap hari.
Situasi ini pula tentulah lebih dirasai oleh
keluarga yang mencari rezeki di bandar besar serta mempunyai bilangan
anak yang ramai tetapi mempunyai pendapatan yang cukup sederhana dan
rendah.
Tidak sukar juga sebenarnya untuk mendengar keluhan ibu
bapa berkenaan soal ini kerana rata-ratanya, penghuni bandar ketika ini
memang berkongsi masalah yang sama seperti yang boleh dilihat melalui
media sosial.
Beban bermula sejak daftar tadika Berdasarkan
perbualan Harakah dengan beberapa ibu bapa yang sempat ditemui, beban
kewangan yang dipikul bukan bermula ketika anak-anak masuk sekolah
rendah atau menengah seperti yang disiar dalam media.
Sebaliknya, kata mereka, masalah itu sudah dihadapi sejak anak-anaknya mula didaftarkan ke tadika lagi.
Mereka yang enggan dikenali memberitahu, bagi yuran tadika sahaja sudah
ada yang mencecah RM1,300 hanya untuk yuran tahunan meliputi pelbagai
keperluan.
Berbeza pula de ngan yuran bulanan yang mencecah
anggaran sekitar RM200 hingga RM500. Itu pula masih belum diambil kira
lagi dengan keperluan yang lain tidak termasuk buku-buku, alat tulis dan
sebagainya.
Tekanan ini menyebabkan ada dalam kalangan mereka
terpaksa menangguhkan dahulu bayaran bagi memberikan keutamaan dalam
perbelanjaan bagi perkara-perkara lain yang lebih mustahak.
Mungkin juga ada yang menyoal mengapa anakanak itu tidak didaftarkan
sahaja ke tadika yang lebih murah milik kerajaan atau terus masuk
pra-sekolah?
Bagi ibubapa, mereka sudah menimbang hal berkenaan sedalam-dalamnya sebelum sesuatu keputusan diambil tindakan.
Bagi menyediakan masa depan yang lebih terjamin khususnya sebelum
melangkah ke alam sebenar pendidikan, tentulah mereka mahukan anak
mereka dibentuk dalam silibus pendidikan yang lebih baik dan teratur.
Kata ibu bapa itu, silibus dalam tadika yang dikendalikan kerajaan
kebanyakannya lebih bercorak ringan dan hiburan dengan aktiviti menyanyi
dan sebagainya.
“Cukuplah dengan hiburan yang berlambak dalam
televisyen hari ini yang memalukan bangsa kita sendiri. Tidak perlulah
anak-anak kita ini dibiasakan pula dengan hiburan ketika masih
bersekolah,” tegas salah seorang ibu yang mempunyai dua orang anak yang
bersekolah.
Menurut mereka, pra-sekolah pula tidak terdapat di
semua sekolah rendah yang berada di bandar-bandar besar dan terhad
kepada keluarga yang berpendapatan tertentu sahaja.
Memanjangkan
perbincangan, kata mereka, masalah lain yang terpaksa ditanggung lagi
adalah berkenaan yuran pengangkutan van untuk mengambil dan menghantar
anak-anak ke sekolah saban hari.
“Saya pernah juga tanya pemandu
van itu adakah yuran akan naik tetapi dia enggan menjawab. Jadi saya
fikir memang akan naik juga,” katanya membuat kesimpulan.
Sekolah
pagi, petang Bagi anak yang bersekolah rendah pula, perbelanjaan yang
mesti ditanggung oleh ibubapa juga nampaknya tidak berkurang sebaliknya
semakin bertambah.
Keperluan untuk memastikan anak-anak mendapat
pendidikan Islam yang mencukupi menyebabkan mereka mendaftarkan anak ke
sekolah agama pada waktu petang selepas sesi persekolahan.
Isunya
disini bukanlah yuran pendaftaran sekolah agama sahaja, tetapi juga
yuran transit yang perlu dibayar sebelum anak-anak dihantar ke sekolah
agama pada waktu petang.
Bagaimana pula dengan ibubapa yang berkeras mahu anak-anak masuk kelas tambahan, kelas mempertahankan diri dan sebagainya.
Walaupun itu hanyalah sekadar pilihan tetapi soal itu masih perlu diambil berat oleh kerajaan.
Jika dahulu, tanggungjawab mencari rezeki ini terletak pada bahu suami
semata-mata, sekarang suami isteri terpaksa mengerah tenaga untuk
memastikan kehidupan yang dibina bersama anak-anak selesa.
Berpendapatan sekitar RM2,500 hingga RM3,000 di bandar besar pula
bukanlah sesuatu yang membanggakan apatah lagi bagi mereka yang sudah
mempunyai berumah tangga dan anak.
Setiap sen perbelanjaan harian
dan bulanan terpaksa dihitung dengan teliti bagi memastikan dapur rumah
mereka masih berasap pada hujung bulan dan ada baki gaji sebagai
simpanan.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah
berkata, berdasarkan laporan Bank Dunia, golongan miskin di Malaysia
adalah mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,600 sebulan.
Mungkin kerana inilah bukan lagi sesuatu yang janggal sekiranya ada
ibubapa yang terpaksa membuat dua kerja bagi memastikan mereka terus
mampu bertahan hidup di kota raya.
Apa yang mungkin lebih
mengejutkan adalah kenya taan Felo Pusat Kajian Ekonomi dan
Kemasyarakatan (Emas) dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim),
Mohamad Azhar Hashim seperti yang dilaporkan Bernama.
Beliau
berkata tiada jaminan untuk hidup selesa di bandar besar walaupun
berpendapatan RM10,000. Jika pendapatan ini pun masih tiada jaminan,
bagaimana pula dengan ibu bapa yang kerja sebagai penjawat awam atau
swasta biasa?
Walaupun beliau berkata begitu bagi mengulas isu
pemberian subsidi minyak oleh kerajaan sebelum ini, tetapi untuk konteks
penyediaan persekolahan anak-anak, pendedahan itu ternyata relevan
untuk digunakan.
Mungkin juga ada yang menganggap isu bebanan
ibubapa dan perbelanjaan persekolahan ini mempunyai musim dan hanya
berlegar dalam media dan perbualan harian untuk beberapa minggu sahaja
sebelum memasuki bulan yang baharu
Kerajaan perlu bantu ringankan beban ibubapa
Written By zabidi on Monday, 12 January 2015 | 11:18 am
Labels:
Artikel


Post a Comment