Oleh Zaitie Satibi
Tahukah
anda apa itu gula? Ia ialah benda berbintil berwarna putih yang kita
ambil dengan teh tarik atau kopi susu. Rasa gula merembeskan hormon rasa
sedap dalam otak dan ini menjelaskan kenapa ramai rakyat Malaysia
ke-tagihkan racun yang manis ini.
Sedarkah anda bahawa Malaysia, negara yang kecil dengan jumlah
penduduk lebih kurang 28 juta orang, adalah pengguna gula kelapan paling
tinggi di dunia?
Berada di kedudukan kelapan daripada 195 negara di dunia dan keempat
di Asia bukan sesuatu yang patut kita banggakan. Kerajaan berbelanja
jutaan ringgit untuk mendidik masyarakat mengenai bahaya gula melalui
kempen dan iklan bagi merayu kita untuk mengurangkan pengambilan gula.
Pakar kesihatan kini mengatakan, gula sungguh bahaya dan boleh
diletakkan dalam kategori sama dengan tembakau dan alkohol. Hakikatnya,
penggunaan gula secara berlebihan kini ialah satu krisis kesihatan awam.
Diabetes bukan sekadar sejenis penyakit berkaitan makanan, tetapi
penyakit berkaitan gaya hidup.
Diabetes: Penyakit berkaitan gaya hidup
Menjaga diet dengan mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat
yang diproses ialah permulaan baik, tetapi mempunyai stres kronik dan
berlebihan serta kurang aktiviti fizikal boleh mensabotaj niat baik anda
untuk menambah baik kesihatan.
Cuba bertenang dan berehat melalui aktiviti mengurangkan stres
seperti meditasi dan senaman pernafasan dalam atau mungkin dapatkan
urutan. Menggerakkan otot melalui senaman secara tetap juga memainkan
peranan penting dalam mencegah diabetes.
Pandemik diabetes
Pada 1985, kira-kira 30 juta orang di seluruh dunia dikatakan
menghidap diabetes. Lebih kurang sedekad kemudian, jangkaan itu
meningkat melebihi 150 juta orang. Hari ini, menurut angka Persekutuan
Diabetes Antarabangsa (IDF), jumlah itu melebihi 250 juta orang. Jika
tiada tindakan diambil untuk melaksanakan program pencegahan dan kawalan
efektif, jumlah penghidap diabetes akan mencapai angka 380 juta
menjelang 2025.
Menurut Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan (NHMS) dijalankan
Kementerian Kesihatan, satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap
diabetes dan ini bermakna diabetes menjejaskan sehingga 22 peratus
daripada penduduk negara ini.
Komplikasi diabetes
Majoriti penghidap diabetes atau pra-diabetes sering diberitahu
me-ngenai komplikasi jangka panjang seperti serangan jantung dan strok,
kebutaan, penyakit buah pinggang dan penyakit saraf (neuropati) yang
akhirnya boleh membawa kepada pengulseran dan pemotongan jari-jari kaki,
kaki dan anggota badan bahagian bawah.
Ini ialah sedikit fakta menakutkan tetapi benar:
a) Risiko pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih besar bagi penghidap diabetes
b) Separuh daripada semua pemotongan yang dijalankan berlaku kepada penghidap diabetes
Memahami neuropati periferal diabetes
Saraf periferal bertanggungjawab kepada sensasi yang anda rasa
seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Hakikatnya, hujung jutaan saraf
jenis ini ada di jari, ta-ngan, jari kaki dan kaki anda. Saraf ini
mengelak anda daripada bahaya dan menjauhkan anda daripada perkara
panas, sejuk dan tajam.
Dalam neuropati periferal, anda mungkin kehilangan deria rasa, rasa
berdenyut-denyut, kebas atau rasa panas pada kaki dan tangan. Kerosakan
saraf boleh bermula sebelum seseorang itu didiagnosis dengan diabetes.
Malah, seseorang dengan pra-diabetes juga boleh mendapat neuropati.
Walaupun rasa berdenyut-denyut, kebas atau rasa panas yang melampau
ialah tanda biasa neuropati, ada juga penghidap diabetes langsung tidak
mengalami gejala. Orang yang mempunyai neuropati diabetes selalunya
me-ngalami masalah mengawal tahap glukosa darah, tekanan darah,
kolesterol dan berat badan.
Bagaimana anda boleh tahu jika mengalami kerosakan saraf?
Doktor mendiagnosis kerosakan saraf berdasarkan gejala dan
pemeriksaan fizikal. Ketika pemeriksaan, doktor memeriksa tekanan darah,
kadar degupan jantung, kekuatan otot, refleks dan sensitiviti anda
terhadap perubahan kedudukan, getaran, suhu atau sentuhan lembut.
Membawa tahap gula dalam darah ke julat normal ialah langkah pertama
untuk mencegah kerosakan saraf lebih teruk. Pemantauan tahap gula dalam
darah, peranca-ngan hidangan makanan, aktiviti fizikal, pengambilan
ubat atau insulin secara tetap akan membantu mengawal tahap glukos
darah.
Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya, gejala akan
bertambah baik apabila ada pengawalan glukos yang baik. Kawalan glukos
darah yang baik boleh juga membantu mencegah atau melambatkan bermulanya
masalah kesihatan lain.
Mecobalamin-vitamin B12 yang aktif untuk regenerasi saraf
Sesetengah makanan tambahan didapati sangat bermanfaat. Sepasukan
saintis mendapati, saraf rosak boleh dihasilkan semula dengan satu
makanan tambahan ringkas dikenali sebagai mecobalamin iaitu satu bentuk
vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi.
Ia bukan saja berupaya membantu mencegah dan menghasilkan semula
saraf rosak tetapi juga menggalakkan saraf sihat dan melindu-ngi
terhadap degenerasi sistem saraf.
Jika anda mempunyai tahap glukos darah tinggi, ambil satu kapsul
mecobalamin 500mcg tiga kali sehari untuk membantu menghasilkan semula
saraf rosak.
-


Post a Comment