LEBANON
1 Jun - Kementerian Dalam Negeri Lebanon mengharamkan tayangan filem
Wonder Woman di seluruh pawagam negara ini kerana peranan utamanya yang
dimainkan pelakon dari Israel, lapor pegawai keselamatan.
Lebanon menganggap Israel sebagai
negara musuh dan Kementerian Ekonomi dan Perdagangannya telah memboikot
sebarang transaksi perniagaan melibatkan Israel.
Sumber
Kementerian Dalam Negeri berkata, pihaknya telah mengeluarkan perintah
mengharamkan filem berkenaan yang dibintangi bekas anggota tentera
Israel, Gal Gadot berdasarkan cadangan daripada bahagian Keselamatan
Awam.
Pengedar Warner Brothers di rantau itu
berkata, filem itu bakal ditayangkan secara rasmi di kebanyakan pawagam
utama Beirut malam ini selepas tayangan perdananya semalam selepas
tayangan perdananya semalam namun terpaksa membatalkannya beberapa jam
lebih awal. - REUTERS
Post a Comment