Tidak semua suri RUMAH gemar menggunakan racun serangga untuk menghalau semut dirumah terutama bagi yang masih mempunyai anak kecil kerana bimbang anak akan memakan atau memegang racun tersebut.
Kami bawakan 8 bahan semulajadi berikut yang selamat ditabur di sekitar rumah dan tidak merbahaya kepada anak kecil.
1. Cuka
Masukkan cuka ke dalam botol dan semburkan ke serata tepi dinding dan
tiang RUMAH. Biarkan cuka kering. Ulang proses semburan ini beberapa
hari. Cara ini akan mencegah semut dari memasui rumah anda.
2. Air sabun basuh
Air sabun juga boleh digunakan untuk menghalau dan menghalang semut
dari masuk ke rumah. Caranya sama seperti cara yang dilakukan pada cuka.
Masukkan air yang dicampur sabun ke dalam botol dan semburkan ke
sekeliling rumah. Ulang semburan selama beberapa hari.
3. Kapur tulis
Semut tidak pernah melintasi permukaan yang digaris kapur. Caranya, gariskan kapur di sekitar tempat semut berkumpul.
4. Bedak bayi
Oh, ini menarik dan selamat. Taburkan bedak bayi di titik atau lubang
tempat semut masuk ke rumah anda. Ini akan menutup lubang tersebut dan
menghaklang semut untuk masuk.
5. Perahan air limau nipis
Semburkan perahan limau nipis di atas jalan semut. Ia akan mematikan semut sambil menyegarkan bau rumah anda.
6. Serbuk kopi
Bagi penggemar kopi, serbuknya usah dibuang. Taburkan di keliling
rumah. Serbuk kopi juga boleh ditaburkan di sekitar taman dan pokok
bunga. Semut tak kan suka datang dekat lagi.
7. Tepung Jagung
Taburkan tepung jagung di atas jalan semut. Semut akan makan tepung
jagung tapi tidak MAMPU mencernanya dan akhirnya semut akan mati.
8. Garam
Garam juga tidak akan membunuh semut. Tapi garam boleh mencegah dan
menghentikan semut datang ke rumah melalui retakan, lubang, dan
sebagainya. Pastikan tempat yang ditabur garam kering.
Sumber : guablog.com
8 Bahan Semulajadi Ini Boleh Bantu Halau Semut Di Rumah.
Written By zabidi on Sunday, 16 August 2015 | 9:57 am
Labels:
Tips
Post a Comment