LONDON:
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik diri dari perjanjian
nuklear dengan Iran semata-mata kerana alasan peribadi iaitu perjanjian
berkenaan dipersetujui presiden sebelum itu, Barrack Obama.
AFP melaporkan menurut Main on Sunday yang menyiarkan kandungan memo sulit itu semalam, Duta Britain di Washington menyatakan dalam kabel diplomatik pada 2018 bahawa ‘pentadbiran itu (Trump) berasaskan vandalisme politik untuk ideologi dan sebab peribadi - ia adalah persetujuan Obama.
Kenyataan mengenai perjanjian nuklear dengan Iran itu adalah memo kedua disiarkan akhbar berkenaan selepas Mail on Sunday minggu lalu, menyiarkan kandungan memo pertama daripada Kim Darroch menyifatkan pentadbiran Donald Trump sebagai ‘tidak cekap’ dan ‘tidak berfungsi dengan baik’, mencetuskan kemarahan Trump.
Berikutan kebocoran memo itu, Darroch meletak jawatan awal minggu lalu.
Sementara itu, Reuters melaporkan pihak berkuasa Britain sudah mengenal pasti orang yang membocorkan memo sulit Darroch itu.
Sunday Times menyatakan, sumber kerajaan Britain menyatakan suspek yang membocorkan kandungan memo itu sudah dikenal pasti.
“Bukti dan maklumat lanjut dikumpul untuk membina kes bagi dibawa ke mahkamah,” kata sumber itu.
Pegawai kanan polis anti-keganasan Britain memberi amaran kepada media supaya tidak terus menyiarkan sebarang dokumen dibocorkan kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi.
Namun, amaran itu dikritik hebat pengamal media dan ahli politik termasuk Menteri Luar, Jeremy Hunt dan bekas Datuk Bandar London, Boris Johnson, yang bersaing untuk menggantikan Theresa May sebagai Perdana Menteri.

Post a Comment