Oleh DR. AMINUDIN MANSOR
MENDIDIK hati adalah pendidikan diri yang paling penting dalam kehidupan setiap manusia.
Kalangan orang tua-tua dahulu selalu
menasihatkan generasi sesudahnya .Hati yang baik akan menjauhi segala
dosa terutama yang melibatkan perkataan dan perbuatan. Justeru, kalangan
remaja masa kini sewajarnya mendidik hati supaya segala tindak-tanduk
kita sentiasa terpelihara dan tidak dimurkai Allah SWT.
Nabi SAW bersabda: “ Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan
Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barang
siapa memperbaiki apa yang dirahsiakan, maka Allah akan merahsiakannya,
maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terang-terangan).â€
(riwayat Al Hakim)
Justeru, taubat, istighfar, zikrullah, tilawatil
Quran, solat fardu dan nawafil serta amal soleh yang lain merupakan
kunci yang terbaik ke arah mendidik dan membentuk hati, perasaan dan
jiwa ke arah menjadi Mukmin yang mendapat hidayah, keampunan dan rahmat
Allah SWT.
Hati dikatakan tempat bertapaknya segala hasad dengki,
sombong, bakhil, riak, munafik (nifak), bangga diri (ujub), putus asa,
cintakan dunia, perasaan dukacita, mengikut hawa nafsu, buruk sangka,
enggan bertaubat daripada dosa, benci sesama Muslim, kufur terhadap Allah, tidak menyedari kejahilan diri, malas melaksanakan ibadah, ragu-ragu terhadap kebenaran ajaran Islam bermula.
Semua sifat ini
bermula daripada hati. Kemudian memantulkan kepada percakapan dan
perbuatan. Islam melarang keras semua perasaan ini wujud di hati kita
kerana ia merupakan dosa hati yang boleh membinasakan diri dan dibenci
oleh Allah SWT dan rasul-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud: Adakah
patut mereka dengki kepada manusia atau nikmat yang Allah berikan
kepada mereka daripada kurnia-Nya. (an-Nisa: 54)
Menurut Imam
al-Ghazali tujuh perkara yang tercela yang boleh merosakkan diri
sendiri. Antaranya; suka kepada permusuhan, merasakan kemuliaan diri,
takbur, mengagumi diri sendiri, takut hilang cita-cita yang diinginkan,
suka menjadi ketua dan jiwanya jahat dan kikir.
Oleh itu, amalan
berbudi bahasa dalam masyarakat perlu ditekankan kembali melalui didikan
hati di rumah dan di sekolah. Melalui pendidikan hati akan menjadikan
budi bahasa lebih terpuji dan berfikir sebelum sesuatu perbuatan yang
dilakukan.
Lantaran itu, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT
tidak memandang segak tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan mahupun
harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barang siapa
memiliki hati yang soleh Allah menyukainya. Bani Adam yang paling
dicintai Allah ialah yang paling bertakwa. (riwayat Ath-Thabrani dan
Muslim)
Ini akan menjadikan kehidupan dalam masyarakat lebih
tenteram dan tidak akan berlaku perbuatan yang menjurus kepada
kesombongan, hasad dengki, riak, cintakan dunia dan bangga terhadap
kelulusan, rupa paras serta kedudukan.
Home »
Bicara Islam
» Didik hati jaga lidah
Didik hati jaga lidah
Written By zabidi on Tuesday, 6 May 2014 | 9:48 am
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment