Oleh SYED ABDULLAH SYED OSMAN
Abdel Fattah al-Sisi, Jeneral yang mengulingkan Mohamed Mursi,
Presiden Pertama yang dipilih
secara demokratik, telah melanggar tata
susila dan dianggap sebagai perampas hak rakyat yang secara sah memilih
Mursi sebagai pemimpin negara Mesir.
Dengan kekuatan tentera yang
ada dan seolah-olah tentera mengatasi segala pentadbiran negara dan
tidak mengikut perundangan yang sepatutnya dipatuhi maka, terjadilah
perampasan kuasa yang mengecewakan rakyat dan juga dunia terutama sekali
dunia Islam.
Yang menjadi masalahnya apabila sesiapa juga yang menentang Jeneral al-Sisi akan ditangkap ataupun dibunuh dengan begitu kejam.
Terbaharu,
lebih 500 rakyat Mesir penentang al-Sisi diberkas dan dijatuhkan
hukuman bunuh. Tindakan ini adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan
dan amat kejam sekali.
Kini Jeneral al-Sisi berhasrat untuk
bertanding jawatan presiden Mesir. Sudah tentu sekali undian itu sekali
lagi akan menjadi kontroversi kerana mana mungkin beliau akan kalah.
Hal
ini kerana apabila beliau berhasrat untuk bertanding bermakna beliau
sudah pastikan dan sudah diaturkan bahawa beliau akan menang dalam apa
keadaan sekali pun.
Inilah yang diramalkan akan terjadi dan tidak
mungkin dapat memadamkan kemarahan rakyat Mesir. Keadaan ini akan
menghuruharakan dan mengeruhkan lagi suasana selagi demokrasi yang adil
tidak dapat dikembalikan semula kepada Mohamed Mursi sebagai Presiden
Mesir yang sah.
Sepatutnya negara-negara Islam yang lain termasuk
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf Kerajaan yang
tidak sah dan menzalimi rakyatnya sendiri
Post a Comment