Headlines News :
Home » » Kisah Sebalik Permainan Kanak-Kanak Popular..

Kisah Sebalik Permainan Kanak-Kanak Popular..

Written By zabidi on Tuesday, 6 May 2014 | 9:05 am

Setiap jenama mempunyai sejarah yang tersendiri. Sebelum mereka muncul sebagai sebuah barangan

yang menjadi kegunaan ramai, mereka memerlukan sebuah paten bagi menjamin jenama mereka daripada menjadi bahan ciplak. Bahkan, mendiang Micheal Jackson menyedari hakikat ini dan beliau turut memiliki paten sendiri.


Monopoly

Bermula dengan paten yang diberi nama ‘The Landlord Game’, Elizabeth J. Magie Phillips mendaftarkan paten tersebut pada tahun 1903. Permainan tersebut mula dikomersialkan pada 1923 setelah Parker Brothers menukar namanya kepada Monopoly. Permainan tersebut terus mendapat tempat di hati kanak-kanak dan ia kekal menjadi pilihan ibubapa untuk mendidik anak-anak bagaimana untuk menjadi seorang yang bijak mengendalikan wang.





Lego

Salah sebuah permainan kanak-kanak paling popular di dunia, Lego bermula daripada seorang tukang kayu daripada Denmark, Ole Kirk Christiansen. Christiansen mula menghasilkan patung yang diperbuat daripada kayu sejak daripada tahun 1932. Walaubagaimanapun, Lego hanya dipatenkan pada 24 Oktober 1961. Nama Lego(Leg Godt) diperkenalkan pada 1934 yang membawa maksud ‘main dengan baik’ dalam bahasa Denmark. Lego masih popular sehingga ke hari ini dek kerana ketahanan dan menguji daya kreatif kanak-kanak.




Barbie Doll

Bermula dengan idea menghasilkan patung untuk orang dewasa, walaubagaimanapun Barbie Doll lebih menarik minat kanak-kanak untuk memilikinya. Sejarahnya bermula apabila Ruth Handler yang juga isteri kepada salah seorang pengasas Mattel Toy Company, Elliot Handler mencadangkan kepada suaminya berkenaan projek patung bagi orang dewasa. Miskipun demikian, suaminya tidak berminat dengan idea tersebut.

Namun, segalanya berubah apabila Ruth Handler dan suami melancong ke Jerman pada 1959. Mereka melihat bagaimana patung Bird Lili mendapat tempat di hati masyarakat Jerman. Suami Ruth Handler mula berubah fikiran dan menjadi tulang belakang utama untuk menghasilkan patung tersebut. Ia mula dipatenkan pada 24 Julai 1959 dan diperkenalkan pada 9 March 1959 di American International Toy Fair. 9 March 1959 dipilih sebagai tarikh lahir kepada patung yang menjadi idaman setiap kanak-kanak.




The Slinky

The Slinky mungkin kelihatan paten yang cukup pelik. Namun ia menjadi pilhan kanak-kanak untuk bermain dengan rakan-rakan mereka. Ia dicipta dan dipatenkan oleh seorang jurutera tentera laut, Richard James pada awal 1940-an. Pada hari pertama dijual, stok yang memiliki 400 biji habis dijual hanya dalam masa 90 minit. Dalam 60 tahun pertama sejak ia diperkenalkan, sebanyak 300 juta stok telah habis dijual.




Nintendo Gameboy

Permainan moden ini menjadi pilihan kanak-kanak sejak ia diperkenalkan pada 1989. Nintedo dipatenkan pada 9 Februari 1993 dan ia adalah salah satu permainan komputer pertama yang diperkenalkan di dunia.




G.I Joe

Sepertimana Barbie Doll yang popular di kalangan kanak-kanak perempuan, G.I Joe pula menjadi pilihan kanak-kanak lelaki. G.! yang membawa maksud Goverment Issue menjadi terma popular di Amerika Syarikat yang mana ia merujuk kepada anggota tentera US. Lengkap dengan baju celoreng dan senjata api, G.I Joe menjadi impian setiap kanak-kanak lelaki.




Etch A Sketch

Etch A Sketch mungkin adalah permainan kanak-kanak terawal yang paling kreatif pernah dihasilkan. Ia mula dipatenkan pada 23 Julai 1959 dan diperkenalkan sejak daripada tahun 1960-an. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk menambat hati kanak-kanak di seluruh dunia. Saban tahun ia semakin popular dan pada tahun 2003, Etch A Sketch dipilih oleh Toy Industrial Association sebagai salah satu permainan kanak-kanak paling diingati dan kreatif pada abad ke-20.

Share this post :

Post a Comment

 
Programmer : Creating Website
Webmaster ZABIDI MORAD
Copyright © 2014. BERANI KERANA BENAR - All Rights Reserved

PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER