Oleh WAN NORSYAFIQAH
WAN GHAZALI
GARAM adalah sejenis ramuan
yang sering digunakan pada
makanan mentah mahupun yang
telah
dimasak. Pengambilan garam
berlebihan juga dikaitkan dengan
penyakit darah tinggi, namun ramai
yang tidak tahu garam menjadi
salah satu makanan sunnah
Rasulullah s.a.w. dan penawar bagi
sebahagian penyakit.
“Aku pernah makan makanan
yang baik dan memeluk yang
terbaik tetapi aku tidak pernah
melihat sesuatu yang lebih lazat
daripada kesihatan.” - Luqman
Al-Hakim.
Nabi s.a.w turut mengamalkan
pengambilan garam dalam
kehidupan seharian baginda. Setiap
kali keluar mengembara, baginda
akan mengambil secubit garam
sebelum mengambil makanan atau
minuman. Tujuannya adalah bagi
menstabilkan fungsi badan supaya
serasi dengan persekitaran baru,
dan meningkatkan daya imun
tubuh.
Beberapa hadis yang menangkan
tentang garam, daripada Abdullah
bin Umar “Sesungguhnya Allah
menurunkan empat perkara berkat
(mempunyai kebaikan) dari langit
(menerusi hujan) ke bumi iaitu
besi, api, air dan garam.”
Daripada Anas bin Malik, Nabi
s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Penghulu segala lauk pauk kamu
ialah garam. Tiadalah akan baik
makanan itu melainkan dengan
garam.”
Menurut hadis riwayat Al –
Bazzar, Rasulullah s.a.w. pernah
menyarankan supaya memakan
secubit garam pada awal dan akhir
setiap kali minum dan makan.
Baginda berkata yang bermaksud:
“Sesiapa yang memulakan minum
dan makan dengan memakan
secubit garam, Allah akan
hindarkan 330 jenis penyakit,
antaranya ialah gila kusta, sakit
perut dan sakit gigi. Yang bakinya
diketahui oleh Allah sahaja.”
Dalam Hadis riwayat Al –
Bazzar juga turut menjelaskan
tentang cara pengambilan garam
mengikut sunnah, guna ibu jari
dan jari telunjuk, diikuti jari manis
, jari kelingking dan jari telunjuk
semula untuk mengambil secubit
garam.
Sekiranya anda mencubit garam
itu dari bekasnya, garam itu khas
untuk anda sahaja . Garam tersebut
tidak boleh dicampur dengan
orang lain kerana ia berkaitan
dengan sistem penghadaman dan
energi anda. Kalau perlu asingkan
dari bekasnya.
Namun demikian, janganlah
pula kita tersilap dalam memilih
garam untuk dijadikan amalan
sunnah. Mengikut kajian yang
dijalankan oleh para pakar sains
pemakanan, garam gurun (garam
asli ) yang dijadikan amalan oleh
Nabi tidaklah sama kandungannya
dengan garam yang kita gunakan
seharian untuk tujuan memasak.
Garam biasa mempunyai
kandungan sodium yang tinggi dan
campuran asid dan kotoran lain
yang boleh memudaratkan kepada
penggunanya apatah lagi kepada
mereka yang telah berpenyakit.
Garam gurun sebenarnya
mengandungi potassium,
magnesium dan lisina yang tinggi
manakala kandungan sodiumnya
pula rendah. Perbezaan ini boleh
dilihat dengan mendedahkan
garam biasa dan garam gurun
kepada udara. Garam gurun akan
bertukar menjadi cecair dalam
masa kira-kira 12 jam manakala
garam biasa terus tiada perubahan
daripada bentuk asalnya.
Amalan mengambil secubit
garam gurun (garam asli)
sebelum dan selepas makan akan
menggalakkan setiap makanan
yang dimakan seperti protein
akan dicerna dan diurai kepada
beberapa jenis asid amino dan
enzim tertentu dan dipam atau
diberikan tekanan melalui sistem
pembersihan buah pinggang.
Spekulasi yang mengatakan
bahawa garam menjadi punca
darah tinggi adalah salah. Punca
darah tinggi terjadi disebabkan
cara penggunaan garam yang salah
ketika memasak. Kebanyakan
orang akan memasukkan garam
ke dalam masakan seperti gulai
dan sebagainya ketika memasak,
sedangkan cara yang betul adalah
dengan membiarkan gulai tersebut
selama 10 minit selepas di angkat
dari api, kemudian barulah garam
dimasukkan ke dalam gulai
tersebut.
Ini kerana pantang garam
adalah suhu panas, kerana apabila
garam dipanaskan maka sifat ‘ion
negatif’ akan rosak. Ini bermakna
yang hilang adalah ‘klorida (CL)
berion negatif’, yang tinggal
hanyalah natrium ion positif yang
bersifat asid. Yang diperlukan
dalam garam adalah klorida dan
ion negatif, kerana klorida inilah
yang memegang zat besi dan
oksigen.
Jika klorida di dalam garam
berkurangan, ini bermakna
oksigen di dalam garam akan
berkurangan. Apabila oksigen
di dalam garam berkurangan ini
akan menyebabkan darah tidak
boleh bergerak sendiri. Seterusnya
jantung terpaksa pam darah
dengan kuat. Pengurangan oksigen
akan menambah karbon dioksida
di dalam darah. Inilah yang di
panggil darah tinggi.
Selain itu, jin takut kepada
garam disebabkan garam
mempunyai kandungan oksigen
yang tinggi. Oksigen adalah
tertakluk di dalam sifat nur. Jadi,
inilah penyebab kepada jin atau
syaitan takut dengan garam.
Disebabkan itu juga, garam
digunakan untuk menghalau jin,
syaitan dan sewaktu dengannya.
Berdasarkan hadis-hadis yang
disebutkan tadi, menjelaskan
bahawa garam suatu unsur
yang dianugerahkan oleh Allah
demi kebaikan untuk kegunaan
manusia, malah mempunyai
banyak khasiat terhadap
kesihatan. Tanpa garam sudah
tentu setiap masakan atau lauk
pastinya tidak sedap dan terasa
tawar. Sebab itulah garam
dikatakan ‘penghulu segala lauk’.
>> Penulis adalah siswi Sarjana
Muda Bahasa Arab dan
Komunikasi, USIM
Home »
Bicara Islam
» Garam makanan sunnah Rasulullah s.a.w.
Garam makanan sunnah Rasulullah s.a.w.
Written By zabidi on Thursday, 8 May 2014 | 6:08 pm
Labels:
Bicara Islam
+ comments + 4 comments
Adakah menjamah sedikit garam sebelum makan itu sunnah?
Tersebar di beberapa blog dan juga di Facebook tentang kelebihan menjamah sedikit garam sebelum makan dan disandarkan perbuatan ini kepada Nabi s.a.w. Bahkan ada juga menganjurkan kaifiat tertentu ketika menjamah garam tersebut. Ada yang menyatakan perlu meletakkan garam tersebut di lelangit menggunakan jari tertentu. Justeru, soalan yang timbul, benarkah Nabi s.a.w melakukan perkara ini? Persoalan ini ana jawab seperti berikut:
1. Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan perkara ini.
1i. Hadis marfu’ (riwayat yang diangkat kepada Nabi)
- حديث علي أن النبي قال له: «يا علي، عليك بالملح، فإنه شفاء من سبعين داء أقلها الجذام والبرص والجنون»
Maksdunya: “Wahai Ali, ke atasmu (makan) garam, sesungguhnya ia adalah penawar bagi 70 jenis penyakit. Penyakit yang paling ringan (yang akan diubatinya) ialah kusta, sopak dan gila”.
Komentar terhadap periwayatan hadis:
- Hadis ini palsu. Ia adalah riwayat Abdullah bin Ahmad bin Amir dari ayahnya. Mereka berdua terkenal meriwayatkan hadis batil dari Ahlul Bait. (Lihat: Ibn al-Jawzi, al-Maudhu’at, jld. 1, hlm. 289, al-Zahabi, Talkhis al-Mudhu’at, hlm. 240, al-Syawkani, al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 161).
قال ابن الجوزي: ولا يصح، فيه أحمد بن عامر، وعنه ابنه عبد الله، وآفته أحدهما فإنهما يرويان عن أهل البيت نسخة كلها باطلة.
قال الذهبي: فيه عبد الله بن أحمد بن عامر كذاب وضعه في تيك النسخة على أهل البيت.
قال الشوكاني: هو موضوع وروى البيهقي نحوه من قول علي.
- حديث سعد بن معاذ أن النبي r قال: «استفتحوا طعامكم بالملح، فوالذي نفسي بيده أنه ليرد ثلاثا وسبعين نوعا من البلاء أو قال من الداء»
Maksudnya: Mulakan makan kamu dengan garam. Demi zat yang diriku berada di tangannya, sesungguhnya garam menolak 73 jenis bala @ penyakit.
Komentar terhadap periwayatan hadis:
- Pengarang Tanzih al-Syariah menyatakan ia dhaif dan tidak boleh untuk dijadikan syahid (penguat) bagi hadis yang lain (kerana ia terlalu lemah). (Lihat: Tanzih al-Syari’ah, jld. 2, hlm. 234)
-
Ini kerana terdapat dalam salasilah perawi hadis ini seorang yang bernama Ibrahim bin Hayyan bin Hakim bin ‘Alqamah. Ibn ‘Adi menyatakan bahawa dia adalah daif dan meriwayatkan hadis palsu. (Lihat: al-Kamil fi al-Dhu’afa’, jld. 1, hlm. 254).
- عن أنس بن مالك رفعه إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «ابدأوا بالملح، فإن فيه بضع وسبعين دواء، ومن بدأ بالملح فقال: بسم الله والحمد لله اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وارزقنا ما هو أفضل منه وقاه الله من عذاب القبر، ثم لا تستقر اللقمة في بطنه حتى يغفر الله له»
Maksudnya: Mulakan (makan) dengan garam, sesungguhnya padanya terdapat lebih daripada 70
penawar. Sesiapa yang memulakan (makannya) dengan garam dan membaca: “Dengan nama
Allah, Segala puji bagi Allah, (Ya Allah) berkatilah rezeki yang Engkau beri pada kami dan
berikan kami rezeki yang lebih baik dari ini” akan dibebaskan dari azab kubur dan akan
diampunkan sebelum makanan itu keluar dari perutnya.
Komentar terhadap periwatan hadis:
-
Hadis ini terlalu daif dan perawinya Ali bn Yazdad dituduh sebagai pendusta. Maka hadis ini matruk (terlalu lemah). (Lihat: Tarikh Jurjan, hlm. 309)
- حديث طويل عن علي وفيه: وإذا أكلت فابدأ بالملح واختم بالملح، فإن الملح شفاء من سبعين داء الجنون والجذام والبرص ووجع الأضراس ووجع الحلق ووجع البطن.
Maksudnya: Apabila kamu makan mulakanlah dengan garam dan akhirilah dengan garam. Sesungguhnya garam adalah penawar bagi 70 jenis penyakit antaranya gila, kusta, sopak, sakit gigi, sakit tekak dan sakit perut.
Komentar terhadap periwayatan hadis:
-
Hadis ini palsu kerana ia diriwayatkan oleh حماد بن عمرو. (Lihat: al-Baihaqi, Dalail al-Nubuwwah, jld. 7, hlm. 229, al-Suyuthy, al-La’ali al-Masnu’ah, jld. 2, hlm. 313)
.
Mohon pencerahan tuan..
Mohon pencerahan tuan..
Hadis makan garam ni palsu. Jika ada yg prcaya ditambah pula ada darah tinggi dan mngamalkan maka sadaqallahul adzim la jawpnya.
Post a Comment