Pertama Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah
tidak mempedulikan anakanak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya,
dia membiarkan anakanak perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup
kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja, maka dia akan ditarik
oleh anaknya.
Kedua Suaminya
Apabila seorang
suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan
golongan lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan
diri...walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak
tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
kepada abang-abang dan juga adikadik lelakinya ...jikalau mereka hanya
mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong
dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan
di akhirat kelak... nantilah tarikan ibunya.
Maka kita lihat
betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat
tarikannya begitu hebat., maka golongan lelaki yang bergelar ayah/
suami/ abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar agar
tidak melakukan kesilapan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Lelaki itu pemimpin ke atas wanita” (Al-Maidah:34). Firman- Nya lagi –
“Hai anak Adam peliharalah diri kamu serta ahlimu daripada api neraka,
di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu...” “Hai wanita,
kasihanilah ayah anda, suami anda, abangabang (adik-adik lelaki) anda
serta anak-anak lelaki anda... kasihanilah mereka dan diri kamu
sendiri......jalankan perintah Allah SWT dengan bersungguhsungguh dan
dengan ikhlas.
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat daripada ditarik dan tertarik… oleh mana-mana pihak.
Harga seseorang Muslim adalah sangat berharga. Allah SWT nilaikan
seseorang Muslim dengan syurga… semua Muslim masuk syurga... janganlah
kita membuang atau tidak mengendahkan janji Allah SWT. Semoga kita semua
tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
Home »
Bicara Islam
» 4 golongan lelaki ditarik wanita ke neraka
4 golongan lelaki ditarik wanita ke neraka
Written By zabidi on Sunday, 24 August 2014 | 3:43 pm
Labels:
Bicara Islam


Post a Comment