KUALA LUMPUR- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua)
mengunjurkan untuk menjual kira-kira 30,000 buah kenderaan mampu milik
dan cekap tenaga (EEV) paling murah dalam pasaran, Perodua Axia
sepanjang tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata,
Perodua Axia merupakan kereta yang memberi penanda aras baharu di dalam
kualiti, versatil dan pengalaman pemanduan.
Katanya, kereta baharu ini dicipta dengan memberi penjimatan minyak
yang membolehkan pemandu melakukan perjalanan sehingga 21.6 kilometer/
liter selain menawarkan ruang yang lebih luas.
Jelasnya, Axia turut dilengkapi dengan ciri-ciri unik Malaysia selain
boleh memuatkan empat bagasi mengembara di ruang kargo yang mempunyai
kapasiti muatan 260 liter.
"Kami percaya bahawa Perodua Axia akan memberi persaingan sengit di
peringkat serantau, selain namanya yang tepat diambil bersempena Asia
dan mewakili Asia.
"Perkataan X pada Axia juga merujuk kepada nombor 10 iaitu mewakili
model kesepuluh Perodua setakat ini," katanya kepada pemberita sewaktu
menghadiri majlis uji pandu media Perodua Axia di sini hari ini.
Perodua unjur 30,000 Axia dijual tahun ini
Written By zabidi on Tuesday, 19 August 2014 | 10:18 pm
Labels:
Bisnes


Post a Comment