Oleh SYAFIQ AL-JITRAWY
DARI Abdullah Bin Mas’ud katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap nabi yang diutus
sebelum aku mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang
terpilih dari umatnya masingmasing, mereka itu berpegang kepada contoh
nabinya dan menuruti perintahnya, kemudian setelah zaman itu berlalu
mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak
bekerja, bekerja tetapi tidak mengikuti ajaran nabinya.
“Sesiapa
menentang kaum itu dengan kekerasan, mukminlah ia, menentangnya dengan
perkataan, mukminlah juga, dan menentang dengan hatinya mukmin juga, dan
telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran,
walaupun dengan hatinya.” (Riwayat Muslim).
Hadis Nabi bukan teori
konspirasi, tetapi Nabi telah beri satu panduan jelas kepada ahli jemaah
dan umat Islam pada zaman kini dalam usaha membangunkan Islam.
Nabi telah mengingatkan kepada kita bahawa akan wujud kaum yang cuma
pandai beridealisme tetapi tidak buat kerja Islam. Suka berwacana tetapi
tidak beramal menegakkan Islam. Mereka pandai kritik tetapi tidak tahu
hendak membangunkan umat Islam.
Realiti kini, cara mudah menarik perhatian orang ramai dalam ucapan adalah dengan menjaja ayat-ayat bombastik.
Keluarlah ayat-ayat yang hebat didengar seperti fiqh futuristik, fiqh
ikhtilaf, maqasid syariah, wasatiyyah dan lain-lain tetapi
pelaksanaannya bertentangan dengan maksud asal ayat-ayat itu.
Kaum kedua adalah bila mereka buat kerja, mereka tidak suka mengikut apa
yang Nabi ajar. Mereka suka cari idea-idea selain dari apa yang Nabi
ajar.
Mereka menyangkakan idea-idea mereka lebih hebat dari
al-Quran dan Sunnah. Nabi perjuangkan Islam untuk seluruh manusia di
dunia, tetapi mereka hanya sayangkan negara dan negeri mereka sahaja.
Betapa kecilnya skop mereka.
Jika kita menentang kaum ini maka
kita beriman, jika kita tidak menentang kaum ini takuttakut kita
digolongkan dengan kaum tidak beriman. Kerja mendamaikan pertembungan
hak dan batil adalah kerja mungkar, kerana menyusahkan kerja menegakkan
hak dan memanjangkan jangka hayat batil.
Badiuzzaman Said Nursi
menentang Mustafa Kamal Atarturk yang sedang mensekularkan Turki
tibatiba ada orang Islam yang kerjanya berzikir sahaja, pergi guna
ayat-ayat al-Quran untuk mendamaikan pertembungan itu.
Dalam
hadis ini, Nabi memandaikan otak kita dengan tidak sebut nama
individuindividu tertentu sahaja sebagai batil. Nabi memandaikan otak
kita juga dengan tidak sebut nama institusi tertentu sahaja sebagai
batil.
Tetapi Nabi memandaikan otak kita dengan menyebut sifatsifat kaum ini. Maksudnya kaum ini ada sifat-sifat yang sama.
Mereka boleh berada di manamana sahaja dan mereka tetap perlu
ditentang. Sifat mereka sama sahaja sama ada mereka ada dalam Umno, PKR,
DAP atau PAS.
Jika kita bukan sebahagian dari kaum ini, jangan
kita memandai-mandai menyamakan ciri-ciri mereka dengan kita (bersikap
seperti kaum ini atau saja acah-acah bersikap seperti mereka).
Takut-takut kita digolongkan dengan mereka di akhirat kelak.
>> Penulis ialah mahasiswa Unisel.
Home »
Bicara Islam
» Kaum yang hanya pandai berkata-kata
Kaum yang hanya pandai berkata-kata
Written By zabidi on Thursday, 26 March 2015 | 9:00 am
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment