Masa kanak-kanak dahulu, ibu kami selalu masak telur separuh masak
makan dengan nasi lemak. Masa kanak-kanak semua nampak mudah sehinggalah
menjengah dewasa, baru kami tahu rupanya ada rahsia tertentu untuk
dapatkan telur separuh masak yang terbaik.
Kali ini kami mahu
kongsikan bersama anda bagaimana cara-cara untuk mendapatkan telur
separuh masak atau telur rebus sempurna. Bagi membuktikan perkara ini
betul, kami telah lakukan sendiri megikut kiraan masa yang sebenar.
Mula-mula, beli telur ayam sebanyak mana yang anda mahu.
Kemudian
jangan lupa bersihkan dulu telur ayam tersebut ya. Kebersihan untuk
anak-anak kita makan penting ya makcik, akak di rumah (baca dalam nada
suara Chef Wan)
Bila
sudah basuh, maka kita kena tentukan sama ada kita nak makan telur
separuh masak atau mahu makan telur rebus sepenuhnya yang selalu makan
dengan nasi lemak rendang itu.
Keadaan telur ayam direbus berbeza
masa akan menghasilkan tekstur dalam telur yang berbeza. Tengok, kami
ajar rebus macam ajar kelas Sains. Jika anda rebus telur dua minit, telur akan jadi macam ini
Siap boleh cicah lagi dengan serunding cheese roll kami
Jika anda masak dalam masa 4 minit sehingga 4 minit setengah,
dapat telur yang macam ini, putih dia sudah cantik dan kuning dia
masih lagi belum masak sepenuhnya. Lazat dah jika dapat yang ini pun.
Kami suka telur yang sudah masak sebegini, makan dengan sedikit kicap manis
Manakala
jika anda masak dalam masa 8 minit, anda akan dapat telur ayam yang
sudah masak sepenuhnya belaka. Sesuai untuk bagi orang masa kenduri
kahwin
Telur ayam yang sudah masak sepenuhnya begini juga sesuai untuk dijadikan bahan dalam masak merah
Kami kongsikan dan terangkan kepada anda, antara kaitan masa dan juga tahap kemasakan telur dalam gambar di bawah ini.
Cara
yang kami gunakan ini ialah dengan mendidihkan air sehingga
menggelegak di dalam periuk. Kemudian, matikan api dan masukkan telur (set masa untuk dapatkan tekstur telur ayam kegemaran anda).
Tidak
perlu tutup periuk. Malah periuk juga boleh dialihkan daripada dapur.
Cara ini sesuai bagi mereka yang ada banyak kerja di dapur kerana tidak
perlu menjaga api setiap masa.
2 minit
Putih telur belum lagi membentuk dan kuningnya masih mentah
4 minit
Putih telur sudah masak, tetapi kuningnya masih melekit-lekit
6 minit
Putih telur sudah masak, tetapi bahagian tengah kuningnya masih belum masak sehabisnya
8 minit
Putih dan kuning telur sudah masak, tapi kuning telur masih lagi lembut
10 minit
Okay, sudah masak sepenuhnya dan boleh berhenti gosip sementara tunggu telur ayam masak tadi
Selepas
selesai masak, jika anda ingin kupas telur yang sudah rebus sepenuhnya
tadi, ambil dan letakkan di dalam air sejuk untuk memudahkan proses
tanggal kulit atau mak kita lebih suka panggil – “eh angah, tolong mak kopek telur ayam ni boleh” – saranan kami, pecahkan dari bahagian bawah dahulu
Bila sudah pecahkan dari bawah (bahagian bawah telur ayam ialah bahagian yang gemuk, bukan yang runcing itu)
Tetapi
kupaslah macam mana pun, janji boleh makan. Biasanya kami kupas jadi
cacat teruk telur. Bukan apa, jika molek-molek masak cantik, nanti ke
dalam perut juga perginya.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Merebus Telur
Perbezaan Suhu
Telur yang baru dikeluarkan daripada peti sejuk mengambil masa sedikit lama untuk masak.
Saiz Telur
Lagi besar saiz telur ayam tersebut maka lagi lama masa diambil untuk memasak
Kuantiti Air Menentukan Masa Merebus
Lagi banyak air, lagi pantas ia akan mengambil masa untuk merebus
(berbeza mengikut jumlah telur) dan jika terlalu sedikit air, suhu air
pula akan cepat jatuh maka akan menghasilkan telur yang tidak masak.
Kami
biasa buat, letak air banyak sikit dari permukaan telur. Kiranya telur
akan tenggelam sedikit lebih kurang 1 sentimeter (betulkan kami jika
salah bab sukatan air ini).
Kesimpulannya ketika melakukan
eksperimen memasak telur rebus ini, kita akan belajar daripada sukatan
air sehinggalah masa rebusan yang tepat. Yang bab saiz telur itu memang
ada kesan juga. Apa-apa pun, kami sangat mengalu-alukan perkongsian
anda semua bagi mendapatkan hasil rebusan telur ayam yang sempurna.
Ini
baru bab rebus telur, baru kami tahu betapa hebatnya ibu-ibu di atas
dunia ini memasak. Nampak mudah pada luarannya tapi dari latihan rebus
telur banyak kali jugalah kita akan belajar. Jom layan gambar apa yang
anda boleh buat denga telur rebus orang kenduri kahwin bagi.
Telur masak merah makan sekali dengan kicap manis
Boleh juga masak kari atau gulai
Kami pantang jumpa nasi lemak rendang ada telur rebus
Jika anda gigih ingin tahu, cuba tanya mak cik jual nasi lemak bungkus, kami jamin dia ada tips yang lagi menarik
Bagaimana Mahu Dapatkan Telur Separuh Masak Yang Sempurna
Written By zabidi on Sunday, 28 June 2015 | 4:33 pm
Labels:
Santai
Post a Comment