DURIAN belanda mendapat perhatian di seluruh dunia sejak kebelakangan
ini kerana berita ‘keupayaan luar biasanya’ berbanding kemoterapi
diuar-uarkan di internet terutama melalui media sosial. Sebuah artikel
berbahasa Inggeris diterjemah dan disalin tampal pengguna internet
kerana menganggap mesej tersebut amat berguna dan perlu dihebahkan
kepada orang ramai.
Mesej utama dalam artikel tersebut berbunyi:
"Ekstrak daripada pokok durian belanda membunuh sel-sel malignan
(kanser) pada 12 jenis kanser termasuk kanser kolon, payudara, prostat,
paru-paru dan pankreas.
Sebatian-sebatian (kimia) dari pokok durian
belanda terbukti 10,000 kali lebih berkuasa dalam memperlahankan sel-sel
kanser berbanding Adriamycin iaitu ubatan kemoterapi yang biasa
digunakan. Tambahan pula, tidak seperti kemoterapi, sebatian yang
diekstrak daripada pokok graviola membunuh sel-sel kanser secara
selektif iaitu ia tidak memusnahkan sel-sel sihat."
Annonacin
Penulis mengetahui kajian sains yang menunjukkan sebatian acitogenin
terutama annonacin daripada pokok durian belanda berupaya membunuh
sel-sel kanser. Setakat ini kajian tersebut hanya dijalankan secara
tabung uji (vitro) dan pada tikus (vivo). Tiada sebarang ujian klinikal
ke atas manusia dijalankan.
Menurut pengasas Raintree Nutrition
Inc. yang mempromosi herba dari Amerika Selatan, Leslie Taylor dalam
laman webnya Rain-Tree, golongan saintis berjaya mensintesiskan beberapa
jenis acetogenin yang dipercayai aktif terhadap sel-sel kanser dalam
makmal. Langkah seterusnya ialah mengubah struktur kimia tanpa
kehilangan keupayaan tindakan antitumor.
Tujuannya menghasilkan
struktur terubahsuai agar ujian seterusnya termasuk ujian klinikal ke
atas manusia dijalankan sebelum mendapat kelulusan FDA dan untuk
dipatenkan. Untuk pengetahuan pembaca, sebarang jenis sebatian kimia
sintetik serupa dengan sebatian kimia semula jadi tidak boleh dipatenkan
oleh sesiapa pun. Dalam kes ini ialah sebatian-sebatian acitogenin.
Menurut Taylor, usaha saintis mengubah stuktur acetogenin sintetik
masih menemui jalan buntu. Ia kerana setiap kali mereka mengubah
struktur kimia acetogenin, keupayaan antitumor merosot!
Bagaimanapun,
terdapat kemungkinan sebatian acetogenin tertentu misalnya annonacin
sintetik tidak terubahsuai akan diberi perhatian oleh National Cancer
Insitute dan National Institute of Health, Amerika Syarikat untuk
mengintervensi.
Seperti berlaku kepada taxol iaitu sebatian
kimia yang diekstrak daripada daun pokok yew, kedua-dua badan tersebut
berkemungkinan besar akan mengarahkan ujian klinikal terhadap acetogenin
sintetik tanpa pengubahsuaian struktur kimia.
Kajian sains ke
atas sebatian acetogenin masih terus berlangsung. Antara yang terkini
ialah kajian berjudul Selective growth inhibition of human breast cancer
cells by graviola fruit extract in vitro and in vivo involving
downregulation of EGFR expression terbit dalam jurnal Nutrition and
Cancer (2011). Ekstrak buah durian belanda merujuk kepada kesemua jenis
sebatian acetogenin.
Jadi, pendapat penulis pertama yang menulis
‘laporan’ mengenai sifat antitumor durian belanda (biasa disebut
graviola) yang 10,000 kali lebih berkuasa daripada kemoterapi iaitu
pemilik laman web Health Sciences Institute (HSI) yang menyatakan FDA
dan saintis memberhentikan kajian ke atas sebatian tertentu durian
belanda atau menyembunyikan khasiat antitumornya kerana tidak dapat
menjana wang daripada usaha tersebut adalah tidak benar.
Artikel
pemilik HSI, Jenny Thompson yang berlatarbelakangkan sarjana muda
jurnalisme harus diteliti dahulu sebelum isinya diguna pakai. Menurut
About Jenny Johnson di laman web HSI beliau pernah bekerja sebagai
pegawai komunikasi bertugas mengumpul dan menjual data kesihatan.
Laman web HSI yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh beliau sejak 11
tahun lalu adalah bercorak perubatan alternatif. Istilah institut yang
beliau gunakan untuk membentuk panggilan HSI menggambarkan laman web
tersebut seolah-olah dimiliki oleh pusat latihan/pendidikan yang
berkredibiliti. Realitinya tidak begitu.
Selama 11 tahun Jenny
dilihat sebagai sama ada tidak peka terhadap kritikan yang dilemparkan
terhadap tulisan beliau atau sengaja buat tidak endah. Beliau memaparkan
forum 2004 yang menunjukkan dua contoh di mana dua penghidap kanser
meneruskan hidup seperti orang lain selepas mengambil durian belanda.
Secara umum, Jenny mampu memberi kesedaran orang ramai seluruh dunia
terhadap potensi durian belanda sebagai penawar kanser. Namun,
sebahagian isi dan kesimpulan dalam laporannya dilihat mengelirukan.
Sesiapa pernah mengalami kesan positif setelah mengambil semata-mata
daun atau buah durian belanda untuk menghentikan, menyembuhkan atau
memperlahankan (pertumbuhan) kanser, sila kongsi dengan media.
Kajian berjudul Five novel mono-tetrahydrofuran ring acetogenins from
the seeds of Annona muricata terbit dalam Journal of Natural Products
(1996) mendapati satu daripada lima acetogenin yang dikaji adalah 10,000
kali lebih berkuasa daripada ubatan kemoterapi adriamycin. Sebatian
acetogenin tersebut secara spesifik merujuk kepada cis-annonacis-10-one.
Kuasa tersebut mungkin berkurangan bila buah atau daun durian
belanda digunakan secara keseluruhan. Ia kerana pelbagai sebatian kimia
dalam setiap bahagian pokok durian belanda dipercayai berupaya
meneutralkan atau melemahkan kuasa acetogenin tersebut. Fenomena ini
berlaku pada banyak jenis tumbuh-tumbuhan di mana sebatian tertentu
dikenal pasti bersifat antitumor berkuasa.
Penghidap kanser yang
ingin menguji cuba (trial and error), ambil 2-3 gram serbuk daun durian
belanda dibahagi kepada beberapa dos setiap sehari. Sebanyak 3 gram
serbuk dipercayai menyamai dari segi kuantiti sebatian acetogenin
terdapat pada biji dan akar durian belanda. Ambil dalam bentuk kapsul
atau teh dengan bancuh serbuk dengan secawan air panas. Perlu diketahui
bahawa biji dan akar durian belanda amat toksik kerana kandungan
acetogenin, alkaloid dan isoquinolone yang tinggi berbanding buah dan
daun.
Acetogenin bersifat toksik kepada saraf termasuk otak.
Terdapat kajian menunjukkan mereka yang kerap mengambil buah durian
belanda atau teh pelbagai spesis graviola dikaitkan dengan Parkinsonism
atipikal.
Sekali-sekala, penulis sendiri mengambil daun durian
belanda dalam bentuk teh untuk meredakan stres atau membantu melancarkan
penghadaman. Daunnya yang diramas dan dipanaskan dengan minyak kelapa
sawit dengan api kecil penulis guna untuk mengurut tubuh yang sengal.
Durian belanda rawat kanser?
Written By zabidi on Sunday, 11 October 2015 | 3:01 pm
Labels:
Kesihatan
Post a Comment