TIADA siapa di antara kita yang tidak mahukan duit. Ada ketikanya pasti kita terfikir bagaimana
golongan kaya dan berjaya mengumpul kekayaan mereka.Memetik laman web
lifehack.org, terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan dalam
kehidupan harian kita untuk menyimpan wang sama seperti apa yang
dilakukan golongan berada.
1. Berhati-hatilah dengan perbelanjaan yang kecil.
Kebanyakan daripada kita biasanya amat menitikberatkan untuk membuat
pelaburan yang besar dan pembelian yang banyak. Namun kita cenderung
untuk menghabiskan duit untuk perbelanjaan kecil. Tetapi perbelanjaan
kecil itu sebenarnya dapat dikumpulkan dan menjadi jumlah yang besar.
2. Fokus kepada masa depan.
Mudah untuk menghabiskan duit bagi mendapatkan sesuatu yang kita
kehendaki. Ubah tabiat itu dan fokus kepada masa depan berbanding
mendapat kepuasan sementara.
3. Tidak beli sesuatu yang tidak perlu, hanya untuk menunjuk-nunjuk.
Walaupun kita gembira jika menerima pujian daripada rakan mengenai apa
yang dimiliki namun kita harus mengawal dan meletakkan batas terhadap
tabiat itu.
Beli apa yang diperlukan dan bukannya membeli untuk mendapat pujian.
4. Catat perbelanjaan dalam hitam putih
Bukan itu sahaja, antara panduan lain ialah biasakan untuk mencatatkan
segala perbelanjaan keluar dan masuk kerana kebiasaannya orang kaya
mengetahui di mana dan ke mana wang mereka belanjakan.
Gunakanlah aplikasi Microsoft Exel contohnya dan ia pasti akan memudahkan anda.
5. Bekerja keras
Tidak seperti tanggapan umum bahawa orang kaya hanya bersenang-senang
dan menikmati kehidupan mereka kerana realitinya, mereka bekerja lebih
keras daripada orang biasa.
6. Melabur simpanan dengan bijak
Oleh itu, cuba untuk meningkatkan pendapatan anda, dan apabila ia akan
meningkat, buat simpanan yang lebih berbanding sebelum ini. Buatlah
simpanan daripada pendapatan yang diperoleh
Kita biasanya
mengabaikan jumlah yang kecil tetapi jumlah yang kecil itu sebenarnya
boleh bertambah sehingga menjadi jumlah yang besar. Selain daripada
itu, jika anda melabur wang dengan betul, anda akan kagum dengan
hasilnya nanti.
7. Menggemari jualan murah, tawar menawar
Golongan kaya tidak pernah membayar apa-apa caj yang tidak perlu.
Mereka kekal berhati-hati tentang yuran dan bayaran yang boleh
dielakkan.
Cuba amalkan tips tersebut, walaupun ringkas pasti ia akan merubah hidup, Selamat menabung.~Sinar Harian
Tujuh cara orang kaya simpan duit
Written By zabidi on Thursday, 1 October 2015 | 2:24 pm
Labels:
Tips
Post a Comment