Media-media tempatan hari ini memetik Naib
Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia, Benny Sigar Butarbutar
sebagai berkata, penumpang itu, yang dikenali sebagai Koufiah Jihad
Zaki, ditahan susulan menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X sebelum
menaiki pesawat.
Semasa membuat pemeriksaan sinar-X, pegawai penguat kuasa terkejut kerana mendapati beberapa ekor ular disembunyikan di dalam seluar dan sarung kaki lelaki itu.
"Dia menggunakan cara melilitkan ular-ular yang ingin dibawanya ke Jeddah di kedua-dua kakinya... dia membawa 10 ekor anak ular jenis phyton," katanya.
Menurutnya siasatan mendapati Koufiah cuba menyeludup ular hidup dari Indonesia bagi tujuan perniagaan di Arab Saudi.
Kerakyatan Koufiah bagaimanapun tidak didedahkan dan dia telah ditahan polis bagi membantu siasatan.
Benny berkata, Koufiah melakukan kesalahan serius kerana membahayakan penerbangan dan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, penumpang dilarang membawa sebarang haiwan dalam kabin pesawat.-BERNAMA

Post a Comment