OLEH NOR AMILINA ISMAIL
TIDUR
adalah salah satu keperluan bagi manusia. Menurut pakar kesihatan,
fungsi tidur adalah lebih penting berbanding makanan kerana tidur adalah
salah satu keperluan bagi manusia sejagat.
Seorang manusia mampu hidup sehingga 40 hari tanpa makanan dibandingkan hanya 11 hari tanpa tidur.
Oleh itu, mereka yang suka tidur lewat malam harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan penyakit dan risiko kesihatan lain akibat kekurangan tidur.
Kebanyakan mereka yang sering tidur lewat malam adalah golongan mahasiswa universiti, remaja dan tidak ketinggalan juga golongan tua.
Rata-rata mahasiswa universiti lebih suka tidur lewat malam kerana mereka menggunakan waktu tersebut untuk membuat tugasan ataupun mengulangkaji pelajaran.
Mereka seharusnya sedar bahawa tidur memainkan peranan penting dalam melancarkan peredaran darah dan memperbaiki sel-sel tubuh manusia.
Ketika kita tidur, badan diberi ruang untuk merehatkan minda dan fizikal tubuh setelah penat seharian belajar.
Mereka yang kurang tidur dengan sendirinya akan mengalami masalah kesihatan.
Jika masalah kurang tidur ini berterusan, maka masalah kesihatan akan membawa kepada penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok, diabetes, obesiti dan sebagainya.
Oleh itu, pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup untuk mengelakkan diri daripada mengalami masalah kesihatan.

Post a Comment