Pagi Jumaat penuh barakah menyaksikan Tuan Guru Dr Haron Din (Al
Mursyidul Am PAS) telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Perginya seorang ulama tegas dan cekal dalam mengharungi fitnah mehnah
dalam perjuangan. Seorang lagi pemimpin utama PAS yang istiqamah pergi
ketika sedang memimpin jamaah, pergi ketika jamaah masih memerlukannya.
Almarhum
antara generasi awal menyertai PAS. Pernah berguru dengan pemimpin
utama PAS pada masa itu Almarhum Dr Zulkifli Mohammad sewaktu menuntut
di Kolej Islam Klang. Antara kata-kata Tuan Guru yang masih segar dalam
ingatan ini: "Penyokong PAS sudah ditarbiah bahawa kita berjuang selama
ini bukan untuk kemenangan peribadi, kita berjuang untuk kemenangan
Islam, untuk mendaulatkan Islam sebagai ad-den".
Ulama yang
banyak menjadi bahan hinaan pihak tertentu ini tetap konsisten terhadap
perjuangannya mendaulatkan Islam. Walaupun Tuan Guru belum pernah menang
dalam dalam mana-mana pilihan raya umum, ternyata pada hari ini Tuan
Guru menikmati kemenangan sejati, insya Allah.
Tuan Guru, insya Allah kami akan meneruskan perjuanganmu tanpa jemu. Semoga rohmu ditempatkan bersama para anbiya'.
Sekalung takziah buat keluarga Almarhum.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...
أَللَّهُمَّ
اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ
وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ،
وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ
الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا
مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ،
وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النّار
AKMAL KAMARUDIN
Kg Rusila
14 Zulhijjah 1437
Tuan Guru Haron Din, ulama tegas dan cekal
Written By zabidi on Friday, 16 September 2016 | 10:39 am
Labels:
Tokoh


Post a Comment