Oleh Azizi Ahmad
Adakah anda perasan bagaimana lebih banyak anda belajar, lebih banyak
anda menyedari betapa sedikit yang anda tahu? Ini adalah sebahagian
daripada pandangan dan pemikiran yang dikaitkan dengan Socrates dan
Plato.
Tidak kisah lah siapa yang memberi kenyataan tersebut, yang penting
adalah kenyataan tersebut telah di nyatakan dan perlu difahami.
Socrates pernah berkata “ouk imae idenai, ah mae oido” yang bermaksud
“lagi banyak anda tahu, lagi banyaklah anda tahu yang anda tidak tahu”.
William Blake menyatakan dengan lebih baik: “Lagi luas pulau
pengetahuan saya, lagi luaslah pantai kejahilan saya”.
Tidak kira dimana, samada pendidikan di Malaysia atau di mana sahaja di
dunia, mereka yang memiliki kertas kelayakan yang lebih tinggi akan
menjadikannya seseorang lebih berpengetahuan dan dipandang hebat.
Ia merupakan impian semua untuk mempunyai PhD sebagai keperluan untuk
laluan kerjaya. Ahli politik dan tokoh pendidikan menggesa rakyat
Malaysia untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dan juga ijazah berganda
demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Para graduan juga tahu bahawa mempunyai ijazah sarjana muda tidak
mencukupi, mereka mesti meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang
lebih tinggi.
Persoalannya, adakah mempunyai dan memperolehi tambahan kelayakan
pendidikan itu lebih baik dan menjadikan seseorang itu lebih terlihat
keintelektualannya? Dengan kos tuisyen dan pengajian yang melambung,
kita hanya mampu memikirkan samada pengetahuan dibilik darjah diperlukan
atau boleh digunakan untuk pelaksanaan dialam pekerjaan dan menjadi
satu keperluan atau hanya sekadar mempelajarinya.
Ramai mahasiswa meneruskan pengajian tanpa menerokai pasaran kerja dan
mendapat pengalaman dunia sebenar. Mereka memilih untuk meneruskan
persekolahan dan menambah hutang yang disebabkan oleh kekurangan prospek
pekerjaan dan berfikir bahawa laluan yang terbaik untuk mereka menambah
kertas kelayakan. Mereka merasakan dengan lebih kelayakan boleh
memberikan mereka kelebihan yang mereka perlukan untuk mengetepikan
persaingan dan mereka mungkin betul.
Pemegang ijazah sarjana muda kini menyeragamkan keperluan pendidikan
asas, dengan mengambil ijazah lanjutan, dan secara tidak langsung
mendiskaunkan nilai ijazah sarjana muda dan diploma.
Kita tidak boleh membuat anggapan bahawa, ‘lagi tinggi kelayakan
pendidikan seseorang itu, lebih hebatlah seseorang itu’. Apa yang
penting ialah kualiti pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kebolehan
seseorang itu mengikut keadaan dan persekitaran dan mampu menterjemahkan
apa yang dipelajari .
Namun tanpa pendidikan tertinggi tentunya mengambarkan ketidakupayaan
dan kekurangan, lebih lagi dalam pelbagai kerjaya seseorang, terutama
dalam era teknologi yang memberi kesan terhadap pasaran tenaga kerja
kolar putih.
Bagi mereka yang tidak takut untuk meneroka dan belajar, dasar
pemikiran atau paradoks ini akan menjadi jelas. Hasrat dan keinginan
anda untuk memperolehi dan mendapatkan pengetahuan akan menjadikan anda
sangat kecewa. Setiap perkara yang baru anda pelajari akan membawa anda
ke satu lagi perkara yang baru, dan seterusnya.
Lebih banyak anda dimaklumkan, lagi banyak perkara yang tersembunyi yang perlu dicari dan didedahkan.
Adalah mustahil untuk mengetahui segala-galanya dan yang menjadikan
kehidupan begitu menarik.
Ia juga menjadi penyesalan terbesar bagi diri
kita kerana tidak mengetahui apa yang boleh dipelajari jika kita masih
hidup lebih lama.
Tiada apa lagi yang menyedihkan dan dikesalka , tetapi jika memang
benar apa yang mereka katakan tentang kehidupan. Sambil kita melopong ,
kita imbas kembali semua perkara yang telah kita pelajari.
Lagi banyak tahu, lebih banyak anda tak tahu
Written By zabidi on Wednesday 5 October 2016 | 11:45 am
Labels:
Artikel
Post a Comment