Tarbiyah harakiah ialah:
عمل شعبي المنظم الجماعي للعودة بالإسلام الى قيادة الأمة.
Bermaksud: "Kerja masyarakat (Islam) yang tersusun/tanzim secara jama'ah untuk mengembalikan dengan Islam dalam memimpin ummah."
Dengan
pengertian ini maka wajib ada jamaah yang terorganisasi dalam
menggerakkan kerja-kerja Islam guna mengembalikan ummah kepada Islam.
Umat
Islam hendaklah wajib meyakini bahawa hanya Islam mampu menyelesaikan
segala permasalahan ummah dalam semua lapangan kehidupan.
Jangan
terkeliru dengan sebahagian golongan yang bergerak atas nama selain
Islam. Mereka berpandangan merubah dan meningkatkan ekonomi maka ummah
akan baik dan maju. Ada di antara mereka mengatakan merubah senario
politik akan merubah keadaan ummah, ada di antara mereka menyatakan
menurunkan individu yang zalim maka semua akan selesai sekalipun masih
kekal dengan sistem lama.
Kita ummah yang ditarbiyah oleh para
ulamak melalui madrasah nabawiyyah meyakini bahawa hanya dengan Islam
yang merupakan sistem kehidupan yang syumul mampu membawa kebaikan
kepada seluruh ummah.
Oleh itu demi menjayakannya maka kita wajib
menyertai untuk bersama jamaah Islam atau harakah Islamiah guna
melaksanakan gerak kerja Islam secara tersusun dan terancang.
ISLAM MESTI MEMIMPIN
Al Faqir Nik Bakri Nik Mat
Lajnah Tarbiyah DUPNS
Home »
Bicara Islam
» Tarbiyah harakiah
Tarbiyah harakiah
Written By zabidi on Tuesday, 29 November 2016 | 10:07 pm
Related Posts :
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment