Calon Republikan, Donald Trump menang pilihan raya presiden Amerika
Syarikat dengan memperolehi 276 undi manakala pencabarnya, Hilary
Clinton dari parti Democrat hanya meraih 218 undi.
Memetik laporan AP, kerusi terakhir yang dimenang Trump adalah Winconsin yang memberinya 10 undi electoral.
Berdasarkan perkembangan tersebut, pasaran global telah menjadi
kucar-kacir kerana para peniaga terkejut dengan keputusan semasa yang
berlainan daripada jangkaan mereka.
"Para peniaga yang panik bergegas untuk mengampil semula pertaruhan
sejak dua hari lalu di tengah-tengah ramalan Clinton akan menyapu ke
kemenangan mudah.
"Niaga hadapan S&P 500 menjunam lebih daripada 4 peratus,
manakala peso Mexico yang menjadi barometer persepsi pelabur undi
Amerika turun paling teruk dalam tempoh lapan tahun," kata Bloomberg lagi.
Dolar AS jatuh berbanding Yen, Euro dan Franc Swiss ekoran
perkembangan tersebut yang menyaksikan negeri-negeri Florida, North
Carolina dan Ohio menunjukkan sokongan yang padu kepada calon Republikan
itu.
Dolar AS jatuh sebanyak 3.5 peratus berbanding Yen yang merupakan
penurunan urusniaga harian yang terbesar sejak United Kingdom memutuskan
untuk keluar dari Kesatuan Eropah, 1.8 peratus berbanding Euro dan 2
peratus berbanding Franc Swiss.
Semalam, kajian projek akhir Reuters/Ipsos States of the Nation
menyatakan Clinton mempunyai kira-kira 90 peratus peluang untuk
menewaskan Trump.
Namun, ramalam tersebut ternyata melesat jika melihatkan perkembangan
hari ini walaupun Presiden AS, Barack Obama memberi amaran bahawa
kemajuan yang dimikmati oleh negara tersebut akan menjadi sia-sia
terkebelakang jika Trump menang hari ini, memetik laporan Press Trust of India (PTI).
Obama dan Clinton adalah dari parti yang sama.
Sementara itu, Reuters melaporkan, kemenangan Trump di
Florida, Virginia, Carolina Utara dan Ohio memberinya kelebihan awal
untuk memperolehi 270 undi bagi menjadi kejayaan.
Clinton dilihat oleh pasaran kewangan sebagai lebih cenderung untuk memastikan kestabilan kewangan dan politik.
Di peringkat tempatan, Bernama melaporkan, Bursa Malaysia
mengalami kerugian menyeluruh pada tengah hari, selari prestasi bursa
serantau, diheret turun oleh minat pelabur yang lemah menjelang
keputusan pemilihan Presiden AS, kata peniaga.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)
mencatatkan 1,648.34, susut 15.48 mata berbanding 1,693.82 pada
penutupan Selasa, bergerak antara 1,640.85 dan 1,665.36 di sepanjang
dagangan pagi.
Indeks dibuka 0.30 mata lebih tinggi kepada 1,664.12.
Seorang peniaga berkata penurunan dalam indeks komposit disebabkan
jualan saham wajaran tinggi utama, diketuai Maybank, yang susut 11 sen
kepada RM7.84 dengan 2.03 juta saham didagangkan.
Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter
untung sebanyak 835 berbanding 84 manakala 200 kaunter tidak berubah,
553 tidak diniagakan dan 24 lagi digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.33 bilion saham bernilai RM959.97 juta.
Indeks FBM Emas susut 125.66 mata kepada 11,573.08, Indeks FBMT100 turun
116.64 mata kepada 11,292.45 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 130.45
mata kepada 12,152.09.
FBM 70 turun 176.69 mata kepada 13,371.39 dan FBM Ace susut 85.13 mata kepada 4,872.82.
Mengikut sektor, Indeks Perusahaan susut 25.72 mata kepada 3,130.27,
Indeks Kewangan turun 125.55 mata kepada 14,329.35 manakala Indeks
Perladangan susut 34.54 mata kepada 7,773.92.
Trump presiden baru Amerika Syarikat
Written By zabidi on Wednesday, 9 November 2016 | 4:07 pm
Related Posts :
Labels:
Global
Post a Comment