Cip terbaru kad debit yang baru diperkenalkan
awal tahun ini lebih risiko kepada kecurian data, dakwa seorang pakar
keselamatan teknologi maklumat.
Kelemahan kad yang berciri
payWave atau berasaskan PIN ini menggunakan gelombang dengan kemudahan
transaksi pembayaran tanpa sentuh, kata Mohd Nizam Mohd Salleh kepada Harian Metro.
“Telefon pintar dilengkapi teknologi komunikasi frekuensi berkuasa
tinggi jarak dekat tanpa wayar. Untuk lebih mudah difahami, kegunaannya
seperti SmartTAG, apabila wang akan tolak sekiranya dikesan gelombang
pada kad berkenaan, sama ada kad debit atau kad kredit.
“Penjenayah yang sudah menyedut segala maklumat kad ATM mangsa secara
automatik mampu menyeleweng akaun berkenaan termasuk menggunakannya
untuk membuat pembelian,” katanya.
Tambah Mohd Nizam,
penjenayah boleh mengesan gelombang radio urus niaga ini dalam jarak
kurang semeter melalui aplikasi yang dimuatturun daripada telefon
pintar.
Selepas data itu diperolehi, penjenayah boleh melakukan
transaksi dengan mengimbas telefon pintarnya di mesin payWave, lapor
akhbar itu lagi.
Namun pengguna masih boleh menyimpan data
mereka apabila membalut kad ATM payWave dengan foil aluminium atau
memiliki dompet khas yang menghalang gelombang dikesan.
Bagaimanapun presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia
(Aibim) mempertahankan teknologi kad debit baru ini yang mempunyai ciri
keselamatan tinggi dan sukar diklon.
"Apa pun sekiranya
pelanggan bimbang dengan kad baharu diperkenalkan, dinasihatkan supaya
pergi ke bank dan minta supaya tutupkan atau mematikan kebolehan
teknologi menggunakan 'wave' di kad berkenaan," kata Datuk Mohd Redza
Shah Abdul Wahid.
Kad debit tidak selamat? Data senang dicuri, dakwa pakar
Written By zabidi on Wednesday, 18 January 2017 | 9:59 am
Labels:
Teknologi
Post a Comment