INSAN muslim yang waras cara berfikirnya, sentiasa melakukan yang
terbaik buat dirinya bagi meraih tempat istimewa di sisi Rasulullah
s.a.w. pada hari kiamat, terutama bagi mendapatkan syafaat baginda yang
tidak terhingga nilainya, apatah lagi jika syafaat tersebut dijamin
baginda untuk tidak dijalankan perhitungan, malah langsung untuk
dimasukkan ke dalam syurga Allah, itu semua bergantung kepada sokongan
baginda.
Muslim yang bertakwa, beriman serta melaksanakan segenap
titah perintah Allah adalah golongan yang bijak kerana memilih jalan
terbaik buat diri mereka, adalah selain mereka yang termasuk golongan
munafiq dan fasiq dalam kalangan umat Islam, akan terpinggir daripada
menerima balasan yang baik di sisi Allah SWT pada hari akhirat.
Allah berfirman menerusi ayat 24 surah at-Taubah yang bermaksud:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu,
saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum
keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu
bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, –
(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih
daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya,
maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab
siksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang
yang fasiq (derhaka).”
Sesungguhnya ayat di atas diturunkan
selepas ayat tentang penjelasan Allah menerusi ayat 18 mengenai
orang-orang yang layak untuk memakmurkan masjid-masjid yang ada di muka
bumi ini, iaitu orang yang beriman kepada Allah, beriman kepada hari
akhirat, yang mendirikan solat (secara berjemaah dan awal waktu), yang
mengeluarkan zakat dan golongan yang tidak takut melainkan kepada Allah,
itulah golongan yang mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka.
Siapa dia golongan fasiq yang disebut dalam ayat di atas? Mereka adalah
Fasiq atau golongan derhaka (bahasa Arab) bermaksud orang yang ingkar
atau memandang ringan akan suruhan dan larangan Allah SWT. Dia percaya
kepada ajaran Islam, tetapi tidak mengamalkannya atau mentakwil hukum
mengikut fikiran atau selera sendiri.
Ke manakah kesudahan mereka nanti pada hari kiamat?
Allah menjelaskan dalam ayat 20 surah as- Sajadah yang bermaksud: “Dan
sebaliknya orang-orang yang fasiq, maka tempat kediaman mereka ialah
neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka
dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab
neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu.”
Huraian kepada ayat 24 surah at-Taubah di atas tentang golongan
berkenaan: Dalam ayat berkenaan kita boleh kategorikan golongan fasiq
yang disifatkan Allah sebagai golongan yang mendahulukan individu dan
perkara duniawi yang menghalang mereka daripada berjihad pada jalan
Allah, atau sekurangkurangnya menghadiri solat berjemaah di masjid/surau
atau mendengar kuliah-kuliah agama:
1. Kerana mendahulukan bapa-bapa mereka, 2. Anak-anak,
3. Adik-beradik,
4. Pasangan masing-masing sama ada suami atau isteri,
5. Kaum kerabat,
6. Harta yang diusahakan hingga lupa tanggungjawab sebagai muslim,
7. Perniagaan yang ditakuti rugi atau merosot,
8. Rumah kediaman yang dianggap lebih utama daripada jihad ke masjid/surau.
Home »
Bicara Islam
» Kenali golongan ‘Fasiq’ yang semakin ramai berleluasa
Kenali golongan ‘Fasiq’ yang semakin ramai berleluasa
Written By zabidi on Wednesday, 19 April 2017 | 2:18 pm
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment