MUMBAI– Seekor anak lembu di India dilahirkan dengan kepala haiwan itu
menyerupai ciri-ciri seorang manusia di sebuah pusat perlindungan
binatang berkenaan di daerah Muzaffarnagar, di negeri Uttar Pradesh,
kelmarin.
Mail Online melaporkan, anak
lembu itu mempunyai mata, hidung dan telinga menyamai manusia manakala
bahagian badan haiwan terbabit mempunyai ciri seperti lembu normal.
Bagaimanapun, lembu itu mati selepas sejam ia dilahirkan.
Berita mengenai kela-
hiran lembu itu
menggemparkan penduduk setempat yang berbondong-bon-
dong datang
untuk melihat sendiri haiwan terbabit yang dipercayai adalah satu
daripada tuhan Hindu.
Menerusi
sebuah video yang tular, haiwan yang mati itu disimpan di dalam sebuah
bekas kaca ketika orang ramai dilihat memberikan kalungan bunga kepada
haiwan terbabit.
Pengurus pusat
perlin-dungan lembu itu, Raja Bhaiya Mishra berkata, adalah satu
keajaiban anak lembu berkenaan dilahirkan di premis ter-sebut sehingga
ribuan pengunjung membanjiri premis ini untuk melihatnya.
Mishra berkata, haiwan itu akan dibakar tiga hari lagi dan sebuah kuil akan dibina untuk haiwan tersebut.
Tambahnya,
ibu kepada anak lembu itu diselamatkan daripada sebuah pusat
penyembelihan dan dimasukkan ke dalam pusat perlindungan tersebut enam
bulan lalu sebelum ia bunting.
Bagaimanapun,
pakar haiwan mempunyai pandangan mereka yang berbeza tentang kelahiran
itu dan menolak kepercayaan karut mengenai kelahiran haiwan ganjil
tersebut.
Seorang doktor veterinar
kanan di Wildlife SOS India, Dr. Ajay Deshmukh berkata, kelahiran itu
merupakan satu kes anomali anatomi.
“Jika
gen yang tidak berkembang dengan baik atau terdapat kesilapan, ia akan
menyebabkan pelbagai kecacatan struktur dan anomali itu berlaku. Ia
mempunyai sebab-sebab saintifik dan penjelasan namun tiada kepercayaan
karut di sini,” jelas Deshmukh.
Post a Comment