Tetapi, apa yang menarik tentang restoran di Utsunomiya itu adalah pelayannya yang menggunakan haiwan - monyet.
Fuku-chan yang berusia 17 tahun mula memainkan peranannya selepas berjaya menghantar napkin ke sebuah meja dan meniru perbuatan 'rakan'nya, Yat-chan, seekor lagi pelayan monyet jenis Macaque.
Pemilik restoran, Kaoru Otsuka, kemudian memutuskan untuk memberinya ‘jawatan’ yang sama.
Penonton boleh melihat Fuku-chan, yang memakai baju dan skirt pelayan, membawa bir dan memberikan napkin kepada pelanggan.
Tetapi, seperti manusia, Fuku-chan juga tidak lepas dari kesalahan, dia dirakam menumpahkan semangkuk kacang ketika berlari ke meja.
Jika pelanggan berpuas hati dengan layanan dan khidmat yang diberikan Fuku-chan dan beberapa monyet lain yang lebih muda, mereka digalakkan untuk memberi kacang soya sebagai tips sementara pemilik monyet akan memberikan pisang sebagai upah.
Otsuka, yang memelihara haiwan-haiwan itu selepas melihat mereka di kawasan pergunungan Nikko, berkata: “Saya lebih rapat dengan mereka berbanding keluarga. Saya menjaga mereka sepanjang hari dan tidur dengan mereka.
“Mereka terlalu comel."
Menurut laporan 28 Lab, monyet-monyet di kedai itu itu telah bekerja di premis tersebut selama lebih kurang 29 tahun.
Post a Comment