SEKIRANYA anda ingin menghubungi pemilik laman web tertentu secara terus, biasanya anda akan mengisi nama, alamat e-mel dan sedikit nota melalui satu borang yang ada di situ untuk meminta individu atau jenama tadi menghubungi anda kembali. Betul?
Kini, terdapat cara baharu yang lebih
praktikal, mudah dan cepat iaitu dengan menggunakan butang Facebook
Messenger yang berada di skrin laman web. Kemudahan yang baharu
dilancarkan pada penghujung tahun lalu kini boleh didapati dengan
menggunakan fungsi plug-in yang terdapat pada platform laman web anda.
Facebook membenarkan butang Messenger untuk
diletakkan di dalam laman web tanpa perlu lagi melayari aplikasi
Facebook. Borang dalam talian yang wujud dan biasanya digunakan pada
laman-laman web sebagai langkah call-to-action bakal menjadi sejarah
sedikit masa lagi setelah wujudnya fungsi baharu Messenger ini. Malah,
ia juga mampu untuk mengurangkan penggunaan e-mel di antara pelanggan
dan jenama.
Sejak sebulan lalu, lebih banyak
laman web yang saya lihat rata-rata mula menggunakan butang Facebook
Messenger, yang ‘timbul’ pada skrin komputer atau peranti mudah alih
anda. Ia berbentuk bulat, bersaiz kecil dan berwarna biru muda iaitu
warna korporat Facebook yang mempunyai logo Messenger ala-ala seperti
kilat tetapi mendatar.
Ketika Facebook
melancarkan Messenger pada 2011, ramai yang tidak begitu peka dan
berminat untuk menggunakannya. Ramai yang lebih suka kepada aplikasi
WhatsApp yang lebih mudah.
Selang tujuh tahun selepas itu, Facebook Messenger kini mempunyai lebih 1.3 bilion individu dan 60 juta jenama perniagaan yang menggunakannya dalam satu-satu masa. Ini disebabkan oleh pengenalan yang dilakukan Facebook khusus kepada komuniti perniagaan yang membolehkan mereka berinteraksi dengan para pelanggan mereka dengan lebih mudah dan pantas melalui aplikasi Messenger yang boleh dimuat naik di laman web perniagaan masing-masing.
Selang tujuh tahun selepas itu, Facebook Messenger kini mempunyai lebih 1.3 bilion individu dan 60 juta jenama perniagaan yang menggunakannya dalam satu-satu masa. Ini disebabkan oleh pengenalan yang dilakukan Facebook khusus kepada komuniti perniagaan yang membolehkan mereka berinteraksi dengan para pelanggan mereka dengan lebih mudah dan pantas melalui aplikasi Messenger yang boleh dimuat naik di laman web perniagaan masing-masing.
Sebenarnya
ia baharu sahaja diperkenalkan pada November 2017 dan tahun 2018 ini
bakal menyaksikan dominasinya dalam interaksi yang berbentuk masa
sebenar, yang juga bakal mengambil alih tempat WhatsApp sebagai
platform ulung bagi khidmat pesanan pantas.
Butang
Facebook Messenger ini akan sentiasa terpampang di skrin walaupun anda
leka melayari pelbagai muka surat yang ada di laman web jenama tersebut.
Ini seolah-olah menggambarkan jenama tadi mempunyai pusat khidmat
pelanggan 24 jam yang sentiasa bersedia dan menanti anda untuk
berinteraksi tentang apa sahaja persoalan dan masalah yang timbul pada
bila-bila masa sahaja sepanjang mereka berada di laman web itu. Ia juga
membuatkan jenama tadi kelihatan besar dan gah walaupun hakikatnya ia
mungkin hanyalah sebuah jenama mikro yang menjalankan perniagaan itu
secara hobi atau separuh masa.
Daripada
perspektif pemasaran ke dalam atau inbound marketing pula, ia mewujudkan
kekuatan daya saing yang tinggi yang hampir sama dengan kekuatan yang
wujud pada jenama-jenama besar. Para pelanggan yang berminat tentang
sesuatu produk atau ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang lokasi
perniagaan, pertanyaan biasa dan harga produk tertentu kini tidak perlu
lagi menghantar e-mel dan menunggu beberapa hari untuk mendapatkan
jawapan. Atau tidak perlu juga untuk keluar dari laman web dan masuk ke
laman Facebook untuk menaip pertanyaan tadi di kotak Messenger yang
terdapat pada laman Facebook Page jenama tadi bagi mendapatkan jawapan
segera. Proses-proses yang melambatkan ini kini boleh dilupakan yang
bakal menjadi kenangan.
Itu daripada
perspektif khidmat pelanggan dan pemasaran inbound. Facebook Messenger
memperkuatkan dominasi mereka dengan membenarkan juga anda untuk
menghantar pemasaran keluar atau Inbound Marketing. Melalui Messenger,
penghantaran mesej yang anda ingin sampaikan kepada para pengikut anda
boleh dihantar secara terus dalam bentuk penulisan, gambar dan
sebagainya.
Saya yakin sektor industri
mikro, kecil dan sederhana amat mengalu-alukan kemudahan ini
memandangkan ia disediakan secara percuma. Tanpa memerlukan
aplikasi-aplikasi lain yang terlalu teknikal dan canggih, fungsi
Messenger sudah mencukupi bagi mereka. Segala bentuk promosi, kempen dan
pengumuman, semuanya boleh dikendalikan dengan mudah.
Sebagai
sebuah jenama yang sedang meningkat naik, anda akan ketinggalan jauh
sekiranya tidak berkomunikasi dengan lebih proaktif dan pantas dalam
menjawab pertanyaan pelanggan. Jadi ambil kesempatan ke atas fungsi
Facebook Messenger dan masukkan fungsi ini ke laman web anda untuk
mendapatkan interaksi yang lebih berkualiti. Ini mampu menarik bakal
pelanggan dengan lebih kuat berbanding pesaing terdekat anda.
Post a Comment