Ibu bapa digalakkan memberi makan pelbagai jenis makanan yang sihat untuk bayi mereka agar dapat membekalkan nutrien yang mencukupi dan mengurangkan risiko bayi mengalami tindak balas alahan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian.
Kaya dengan flavonoid, antioksidan dan enzim anti-radang, tidak syak lagi madu adalah salah satu makanan yang paling sihat di dunia. Jadi, mengapa kita tidak digalakkan memberikannya kepada bayi?
Kenapa madu dilarang untuk bayi?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan The American Academy of Pediatrics, madu dalam semua bentuk (walaupun dalam ubat batuk atau produk makanan yang dibakar dan diproses) dilarang sama sekali dalam diet bayi sehingga mereka mencapai usia 12 bulan. Walaupun bukan satu kemestian, madu seringkali mengandungi Clostridium botulinum, yang merupakan spora bakteria yang bertanggungjawab untuk beribu-ribu kes keracunan botulisme yang mengancam nyawa setiap tahun.Spora Clostridium botulinum, sebagai kebanyakan bakteria anaerobik, berkembang dalam persekitaran yang rendah asid dan oksigen. Disebabkan itu, spora ini paling biasa dijumpai pada tanah dan debu. Pun begitu, spora ini juga kadangkala boleh ditemui dalam madu. Mikroorganisma yang terdapat dalam sistem pencernaan yang matang dapat menghentikan percambahan bakteria ini, tetapi saluran pencernaan dan imuniti bayi belum cukup berkembang untuk melawan C. botulinum dan pengeluaran toksinnya di dalam tubuh.
Satu lagi sebab mengapa madu tidak disyorkan untuk bayi adalah kandungan kandungan gula yang tinggi. Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak menambah gula ke dalam diet bayi mereka kerana ia boleh merosakkan gigi baru mereka dan menggalakkan tabiat memakan makanan manis pada masa depan.
Oleh itu, jika anda ingin menambah rasa manis dalam makanan bayi anda, cuba tambah keledek, pisang atau pir – ini adalah makanan dengan rasa manis dan kaya dengan vitamin dan mineral.
Tanda dan simptom botulisme
Simptom botulisme mungkin akan kelihatan dalam masa 8 hingga 36 jam selepas pengambilan tetapi terdapat kemungkinan tanda-tanda lewat sehingga 14 hari kemudian. Sekiranya anda secara tidak sengaja memberikan bayi anda madu, beri perhatian kepada mereka dengan teliti dan hubungi doktor anda dengan segera jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda berikut:-Pergerakan lembik dan kelesuan
-Kurang selera makan (sukar atau penyusuan lemah
-Kesukaran menelan dan bernafas
-Banyak air liur meleleh
-Tangisan lemah dan tona otot lemah
-Ekspresi wajah kaku
-Sembelit
Rawatan botulisme
Keracunan botulisme adalah keadaan kesihatan yang mungkin membawa maut. Mengenal pasti seawal mungkin dan rawatan perubatan yang betul membolehkan bayi yang mengalami botulisme pulih sepenuhnya daripada penyakit ini.Rawatan paling biasa untuk botulism bayi pada masa kini adalah penggunaan immuno globulin boutolisme intravena (BIGIV). Ia adalah larutan steril daripada plasma manusia (cecair darah yang jernih) yang mengandungi antibodi yang membantu meningkatkan imuniti seseorang untuk melawan bakteria yang menyebabkan penyakit. Walau bagaimanapun, apabila bayi anda menggunakan immuno globulin boutulisme, kesan sampingan biasa boleh berlaku, termasuklah:
-Loya dan muntah-muntah
-Kulit kemerahan atau ruam kulit yang ringan
-Sakit badan
-Nafas berdehit
Jika bayi anda mengalami kesukaran bernafas dan menelan yang teruk, mereka mungkin dimasukkan ke dalam ventilator serta diberi makan dengan cairan intravena dan bukannya makanan biasa.
Post a Comment