NEW YORK: Buku tulisan wartawan penyiasatan Bob Woodward “Fear: Trump
in the White House” menjadi buku terlaris dijual apabila mencecah 1.1
juta naskhah hanya pada minggu pertama ia diedarkan.
Ia juga menjadi buku paling laris pernah dijual dalam sejarah penerbit buku Simon and Schuster, kata penerbit itu semalam.
Buku
yang mendedahkan mengenai maklumat dalaman dan cara pentadbiran
Presiden Donald Trump beroperasi terjual sebanyak 900,000 pada 11
September lalu, hari pertama ia dilancarkan, termasuk versi cetak, audio
dan digital, kata syarikat itu.
“Hanya satu perkataan yang
dapat menggambarkan sambutan terhadap ‘Fear’ dan ia adalah
mengagumkan,” kata presiden syarikat itu, Jonathan Karp, 94.
“Apa yang lebih menggembirakan adalah penghargaan pembaca dan pengulas terhadap integriti dan kepentingan Bob Woodward.”
Pencapaian
buku itu mengatasi “Fire and Fury” oleh Michael Wolff, juga mengenai
pentadbiran Trump, yang terjual lebih dari satu juta naskhah pada minggu
pertama ia diedarkan Januari lalu.
Nukilan Wolff itu
diikuti oleh buku tulisan bekas ketua FBI, James Comey, “A Higher
Loyalty” dan “Unhinged” oleh bekas penasihat Trump, Omarosa Manigault
Newman.
Trump cuba menafikan beberapa dakwaan Woodward,
yang terkenal dengan liputan skandal Watergate dan peranan yang
dimainkannya dalam peletakan jawatan Presiden Richard Nixon pada tahun
1974.
Beliau menggelar buku itu sebagai satu ‘jenaka’, ‘penipuan’ dan satu lagi siri serangan terhadapnya. - AFP
Buku Woodward terjual 1.1 juta naskhah minggu pertama
Written By zabidi on Wednesday, 19 September 2018 | 11:34 am
Labels:
Global
Post a Comment