Written By zabidi on Monday, 15 June 2020 | 9:37 am
NEW YORK: Siapa bintang terhebat WWE sepanjang zaman? Apa yang
membuatkan bintang gusti itu dilabel sebagai bintang? Adakah kerana
perlawanan dan gerakannya? Perlawanan yang pecah panggung? Karisma atau
semua di atas?
Berikut adalah senarai 10 bintang gusti terbaik WWE sepanjang zaman pilihan Sun Sports.
1. Stone Cold Steve Austin
Stone Cold Steve AustinDia memiliki gerakan penyudah paling popular - Stone Cold Stunner namun senjata terhebat Austin adalah intensitinya.
Intensitinya
menyebabkan perlawanannya begitu laris dan popularitinya melonjak.
Tiada bintang gusti yang lebih bersemangat seperti Austin dalam tempoh
1998 hingga 2001. 2. Hulk Hogan
Hulk HoganWatak yang penuh kontroversi tetapi dia adalah antara tarikan utama bagi gusti moden dan diminati segenap lapisan penyokong.
Gaya
kartunnya mungkin ketinggalan zaman namun dia adalah 'raja' kemahiran
penting dalam gusti iaitu manipulasi penyokong - dia membuatkan
penyokong menentang The Rock pada WrestleMania X8.
3. Shawn Michaels
Shawn MichaelsDigelar 'The Showstopper' dan 'Mr WrestleMania' apabila dianggap bintang gusti terhebat di dalam gelanggang.
Ketika
mempertahankan gelarannya pada 1996, dia meningkatkan lagi standard
perlawanan utama ke tahap yang sukar dicabar dan walaupun bersara pada
2010, dia masih yang terbaik
. 4. The Undertaker
The Undertaker'The
Deadman' ini masih karakter gusti terbaik sejak penampilannya 30 tahun
lalu dan 'gergasi' yang hebat dengan ketinggian hampir tujuh kaki namun
tetap pantas dan lincah.
Rekod tanpa kalahnya di Wrestlemania lebih berprestij daripada Kejuaraan WWE namun rekod tanpa kalahnya ditamatkan pada 2014.
5. The Rock
The RockBintang
gusti paling berkarisma sepanjang zaman dan itu membuatkan dia menjadi
bintang pecah panggung apabila menceburi bidang perfileman.
Dia
juga seorang penggusti yang baik dan pernah berentap dengan Steve
Austin, Triple H, Hulk Hogan, serta Mick Foley serta memiliki hubungan
yang begitu rapat dengan penyokong.
Post a Comment