JOHOR BAHRU - Lebih tujuh perwakilan badan gabungan Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM)
dikatakan mengadakan pertemuan dengan calon
Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Bukit Pelangi,
semalam.
Para perwakilan yang terlibat hadir untuk mendengar sendiri visi dan
misi yang ingin disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor yang juga
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), selain ingin
mengenalinya lebih dekat.
Semua perwakilan berkumpul di sebuah hotel di bandar raya ini sebelum
bertemu Tunku Ismail pada satu majlis makan malam di istana beliau
bermula pada pukul 8.30 malam.
Menurut sumber, kehadiran semua perwakilan terlibat itu belum tentu
boleh diterjemahkan kepada sokongan yang ingin diberikan kepada Tunku
Mahkota Johor itu.
Sebaliknya tujuan utama mereka hadir adalah untuk mendengar apa perancangan beliau.
Bagaimanapun, rata-rata yang hadir itu mahukan transformasi di dalam
FAM sekali gus berharap pertemuan itu dapat memberi harapan baharu
kepada bola sepak negara.
Mereka mahu dengar misi dan visi Tunku Ismail," katanya di sini.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Tunku Ismail seakan memberi
isyarat kuat untuk bertanding pada pemilihan 25 Mei ini apabila akan
mengadakan perjumpaan bersama beberapa perwakilan badan gabungan FAM di
sini.
Perjumpaan tersebut turut didukungi Timbalan Presiden FAM yang kini
dalam penggantungan, Tan Sri Annuar Musa yang dari awal jelas memberi
sokongan padu kepada Tunku Ismail untuk mencabar penyandang, Sultan
Ahmad Shah dan anakanda baginda, Tengku Abdullah.
Dengan inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa
perwakilan itu juga jelas menunjukkan, Tunku Mahkota Johor itu bersedia
bertanding jawatan tersebut sekali gus pertandingan kali ini
dijangkakan sengit.
Post a Comment