NEW YORK: Seorang pemastautin di bandar raya
terbesar dunia ini telah memfailkan saman sivil di
Mahkamah Persekutuan
Manhattan, di sini pada 11 April lalu menuntut ganti rugi terbesar di
dunia iaitu sebanyak Dua Undesilion Dolar
(AS$2,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000) selepas jarinya
digigit oleh seekor anjing.
Anton Purisima, 62, telah mengemukakan saman tersebut dengan
menamakan pelbagai pihak sebagai defendan termasuk Datuk Bandar New
York, dan Pasar Raya Kmart.
Dalam fail saman setebal 22 muka surat yang ditulis dengan tangan
itu, Purisima menyatakan yang dia akan mewakili dirinya sendiri tanpa
bantuan seorang peguam.
Purisima mendakwa bahawa jari tengahnya telah digigit oleh seekor
anjing yang disyaki mengidap penyakit anjing gila ketika sedang menaiki
sebuah bas milik perbandaran New York sebelum gambarnya sedang mendapat
rawatan di sebuah hospital dirakamkan oleh pasangan berketurunan Cina.
Dia juga mengemukakan saman kerana merasakan yang dirinya sering
dicaj berlebihan ketika minum kopi di Lapangan Terbang LaGuardia.
Saman itu menyebut bahawa kesakitan dan kesengsaraan yang dihadapinya
‘tidak dapat ditukar ganti dengan wang’ dan oleh yang demikian 'tidak
ternilai harganya.’
Turut dimasukkan sebagai eksibit di dalam samannya itu ialah foto jarinya yang berdarah kerana digigit anjing.
Purisima juga mendakwa yang dia telah mengalami pencabulan ke atas
hak-hak kemanusiaan, kecederaan pribadi, diskriminasi ke atas asal
usulnya, penentangan, pencabulan, penipuan, percubaan untuk membunuh,
distres emosi pribadi yang disengajakan dan konspirasi penipuan.
Senarai orang dan organisasi yang disamannya berjela-jela tetapi
antaranya termasuklah Carepoint Health, Pusat Perubatan Hoboken
University, Setor Kmart, Jabatan Kecemasan St Luke, Pihak Berkuasa
Transit Bandar New York, Bandar Raya New York dan Pentadbiran Lapangan
Terbang LaGuardia.
Ini juga bukanlah fail saman Purisima yang pertama. Dalam tempoh
empat tahun dia telah mengemukakan saman terhadap Republik Rakyat China,
institusi kewangan seperti Wells Fargo, JP Morgan dan Wachovia serta
Pesuruhjaya Sekuriti Sosial.
Gila, Atuk Berusia 62 Tahun Fail Saman AS$2 Undesilion
Written By zabidi on Tuesday, 20 May 2014 | 10:46 am
Labels:
Global
Post a Comment