SHAH ALAM 5 Mei - Bagi membantu golongan berpendapatan rendah
mendapatkan barangan
runcit berkualiti tinggi pada harga rendah,
Koperasi Kasih di bawah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor Berhad membuka
Koperasi 1Malaysia (Koop 1Malaysia) yang pertama di negeri ini.
Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Basmi Kemiskinan Usahasama Sdn. Bhd,
Mohamed Tamin Mohd. Yusof berkata, kira-kira 300 produk tempatan yang
dihasilkan usahawan bumiputera akan ditempatkan di kedai berkenaan.
Menurut beliau, pihaknya percaya kedai tersebut akan mendapat
sambutan menggalakkan daripada orang ramai sekali gus menetapkan
sasaran jualan sebanyak RM10,000 sehingga hujung bulan ini.
"Pembukaan kedai ini bukan sahaja membantu ahli koperasi malah meningkatkan pendapatan usahawan bumiputera di seluruh negara.
"Selain itu, penduduk berdekatan juga berpeluang menerima manfaat daripadanya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kedai
Koop 1Malaysia pertama di negeri ini yang terletak di Ken Rimba, Seksyen
16 di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Koperasi Kasih, Zayem Amdan dan isteri
kepada Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom,
Datin Sharifah Ahmad.
Mohamed Tamin memberitahu, barangan yang dijual di koperasi berkenaan
juga akan dipasarkan ke kantin-kantin sekolah dalam tempoh terdekat.
"Pengusaha kantin boleh membeli barangan secara pukal dan perkhidmatan penghantaran turut disediakan," ujarnya.
Beliau menambah, bagi menarik minat pembeli, pakej pembelian turut
ditawarkan merangkumi barangan keperluan dengan harga RM100, RM90, RM70
dan RM50
Koop 1Malaysia pertama dibuka di Selangor
Written By zabidi on Tuesday, 6 May 2014 | 12:27 pm
Labels:
Bisnes


Post a Comment