KUALA LUMPUR 5 Mei - Pembelian saham oleh pelabur asing mencatat
peningkatan tertinggi
dengan nilai sebanyak RM402 juta pada minggu lalu.
Ketua Penyelidik MIDF Research, Zulkifli Hamzah berkata, jumlah itu
lebih sekali ganda berbanding RM165.1 juta yang dicatatkan pada minggu
sebelumnya.
Katanya, pencapaian itu merupakan antara ketiga tertinggi dalam seminggu sepanjang tahun ini.
"Pada waktu aliran wang global ke ekuiti Asia berkurangan, Malaysia
mencatatkan peningkatan yang sekali gus menunjukkan tahap keyakinan
pelabur asing terhadap pasaran saham di Malaysia," katanya.
Tambah Zulkifli, dana-dana asing merupakan pembeli-pembeli dalam
tempoh tiga hari terakhir pada tempoh empat hari dagangan berlangsung,
minggu lalu.
Jelasnya, dagangan akhir April mencatatkan jumlah belian saham kedua
tertinggi iaitu sehingga RM317 juta manakala pada akhir Februari pernah
mencatatkan belian tertinggi iaitu RM419 juta.
Beliau memberitahu, setakat hari ini, Malaysia masih merekodkan pengaliran keluar wang kumulatif.
"Pembelian yang dipergiatkan pada minggu lalu telah mengurangkan
aliran keluar wang kumulatif bersih untuk tahun ini kepada kurang
daripada RM5 bilion iaitu pada RM4.97 bilion," ujarnya.
Kata Zulkifli, pada 2013, Malaysia mencatatkan aliran wang keluar bersih RM3.03 bilion.
Jelasnya, jumlah-jumlah itu telah diniagakan dalam pasaran terbuka, tidak termasuk di luar pasaran dagangan.
Pelabur asing dalam dana saham Malaysia meningkat
Written By zabidi on Tuesday, 6 May 2014 | 12:19 pm
Labels:
Bisnes
Post a Comment