OLEH SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
SABAN tahun tatkala melangkah masuk Rejab, sejarah
penting yang berlaku dalam bulan ini
Dalam peristiwa yang berlaku usai solat Isyak, Baginda SAW berada di
Masjidilharam dibawa ke Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin kemudian
menaiki buraq terus ke langit ke tujuh, semuanya berlaku dalam tempoh
satu malam. Maha Besar ALLAH, Tuhan sekalian alam!
Tahun kesedihan Baginda SAW
Pendakwah, Ustaz Shahrizan Daud menjelaskan, dalam riwayat dan
pengkajian kebanyakan ulama sejarah, antara faktor berlakunya peristiwa
Israk Mikraj adalah kerana ALLAH berkehendak memujuk kekasih-Nya, Nabi
Muhammad SAW.
Ini kerana pada tahun berkenaan juga menjadi tahun kesedihan bagi
Rasulullah SAW. Dalam tahun yang dikenali sebagai aamul hazni (tahun
kesedihan), Baginda SAW kehilangan dua insan tersayang dan mempunyai
peranan sangat penting dalam kehidupan Rasulullah SAW iaitu pemergian
isteri tercinta, Siti Khadijah binti Khuwailid serta bapa saudara yang
memeliharanya semenjak kecil lagi iaitu Abu Talib bin Abdul Mutallib.
"Pemergian kedua-dua insan penting ini berlaku dalam keadaan kehidupan
Rasulullah SAW dan golongan sahabatnya penuh dengan tekanan, pemboikotan
dan banyak menerima ancaman bunuh daripada golongan kafir Quraisy
ketika itu.
"Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sahaja sebagai faktor pujukan ALLAH
terhadap Rasulullah SAW semata-mata. Sebaliknya, ia juga adalah saat di
mana kefarduan ibadat solat lima waktu disuruh ALLAH dan beberapa
gambaran simbolik berkaitan azab dan nikmat pada hari akhirat nanti,"
katanya kepada Rehal.
Menurutnya, malah peristiwa Israk dan Mikraj itu juga adalah satu ujian
kepada golongan sahabat yang pernah beriman dan mengikuti Rasulullah
SAW.
Dalam riwayat sejarah yang lain ada menyatakan terdapat sebilangan
daripada mereka telah murtad dan keluar daripada agama Islam hasil
daripada perjalanan Israk dan Mikraj kerana ketidakpercayaan mereka
kepada peristiwa luar biasa yang tidak mampu diterima akal.
Keimanan dan logik akal
"Dalam ruangan Halaqah kali ini, saya cuba mengaitkan peristiwa agung
ini dengan faktor keimanan dan logik akal menurut perspektif sains
melalui perbincangan saya dengan beberapa ahli sains dan astronomi.
antaranya peristiwa pengembaraan
dan perjalanan luar biasa Nabi Muhammad SAW untuk menemui ALLAH SWT
(Israk dan Mikraj). Terlampau banyak hikmah yang boleh diteladani
dalamnya.
"Antaranya penggiat Astronomi Amatur Malaysia dan pengasas www.falakonline.net, Shahrin Ahmad.
"Dapat dilihat perkaitan perjalanan dan kelajuan perjalanan Israk dan
Mikraj ini adalah melalui teori kecepatan kelajuan cahaya.
"Dilihat secara umum, teori E=mc² bersumberkan peristiwa Israk dan
Mikraj daripada pengkajian pakar fizik iaitu Albert Eistein, beliau
mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk melengkapkan Teori Relativiti
Khas kepada Teori Relativiti Umum.
"Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh orang bukan Islam. Hampir
tiada langsung yang mempercayainya kerana konsep pengiraan: Halaju
cahaya = 300,000 km/s. Buktinya sebagai contoh, cahaya tanpa henti untuk
sampai ke penghujung alam semesta yang dapat dilihat hari ini melalui
teleskop mengambil masa kira-kira 13.1 bilion tahun," katanya yang turut
bertugas sebagai tenaga pengajar di Usrah Fitrah dan perunding latihan
ini.
Beliau menambah, dengan alasan inilah mereka (orang bukan Islam)
beranggapan adalah mustahil untuk Nabi Muhammad SAW mengembara dalam
hanya satu malam.
Firman ALLAH yang bermaksud: "Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan
kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan
manusia dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan
pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu
melainkan sebagai satu ujian bagi manusia." (Surah Al-Isra': 60)
Teguh mempercayainya
Siapalah kita untuk tidak mempercayai peristiwa agung ini. Ia bukan
untuk difikirkan dengan menggunakan akal logik semata-mata, malah paling
utama, sebagai seorang yang mengaku beriman, sudah pasti kita akan
mempercayainya walaupun ia tidak mampu diterima dek akal.
Inilah bukti iman, iaitu antaranya mempercayai perkara yang ghaib dan tidak boleh dilihat dengan mata.
Inilah bukti yang cuba ditunjukkan oleh sahabat Baginda SAW yang
sentiasa membenarkan, Saidina Abu Bakar As-Siddiq tatkala kafir Quraisy
mengatakan Muhammad ke Masjidil Aqsa dalam tempoh satu malam yang
diceritakan kepadanya sebagai satu ejekan dan untuk merendahkan Nabi
Muhammad SAW .
Namun apa yang dijawab oleh Abu Bakar As Siddiq, dengan lantang beliau
berkata: “Kalaulah Muhammad yang menceritakan perkara ini, jangankan ke
Masjidil Aqsa, malah kalau Muhammad ke langit sekalipun, pasti aku akan
mempercayainya".
Sains & kesahihannya
Sementara itu, Shahrin menerangkan mengenai perkaitan ringkas teori dan
peristiwa ini dari segi istilah sains dan kesahihannya antara jisim dan
tenaga.
Menurutnya, Teori Relativiti Khas E=mc² adalah sesuatu jisim yang
bergerak dengan halaju cahaya, ia akan berubah bentuk menjadi tenaga
manakala tenaga yang terhasil ini jika dikembalikan kepada jisim asal,
akan terdapat ralat atau kecacatan pada jisim tersebut dengan erti kata
lain, bukan dalam keadaan asalnya.
"Supaya lebih mudah difahami, lihat sebuah bantal berisi kekabu separa
padat dan lakukan eksperimen ke atasnya. Kemudian ayunkan selaju
mungkin dengan memegang pada satu bahagian dan cuba lihat bagaimana
keadaan bahagian yang lain?
Sudah pasti keadaannya akan berubah daripada bentuk asalnya.
"Itulah jika diibaratkan dengan badan manusia. apabila kelajuan
disentuh pada permukaan kulit, ia akan berubah mengikut bentuk permukaan
yang menyentuhnya," katanya.
Menurutnya, pada fizikal tubuh dan jasad Nabi Muhammad SAW, tidak
terdapat sebarang perubahan walau sedikit pun. Jika dilihat dari segi
faktor teori sains fizik, langsung tidak tersenarai faktor lengkap yang
menyebabkan kegagalan teori tersebut.
Sebabnya adalah sangat mudah. Ini adalah kerana ALLAH memelihara badan
Nabi Muhammad SAW daripada segala kecacatan dan kekurangan.
Persoalan logik ini juga barangkali sesuai jika boleh dikaitkan dengan
teori kelajuan cahaya iaitu: With The Speed Of Light, A Person Is No
Bound To Time And Space (dengan kelajuan cahaya, seseorang itu tidak
akan tertakluk atau terhad kepada masa dan tempat).


Post a Comment