Oleh IFQDAR RAHMAN
PELAKON sensasi, Nasha Aziz, 44, yang mendukung watak utama teater Di
Bawah Lindungan
Kaabah (DBLK) arahan Rosminah Tahir mengakui
keyakinannya goyah apabila mendapat tahu pengarah tersebut jatuh sakit.
Seminggu lalu, sebaik mendapat tahu Rosminah terlantar sakit
disebabkan menghidapi angin ahmar, Nasha hilang semangat dan berasa
kurang yakin apabila tugas pengarahan diambil oleh orang lain.
Disebabkan itulah, menurut Nasha, dia sanggup menjemput Rosminah di
rumahnya untuk datang ke Istana Budaya bagi meneruskan latihan DBLK dan
menghantarnya pulang sejurus tamat sesi tersebut.
Saya sedih apabila mendapat tahu Kak Ros (Rosminah) sakit dan tidak
boleh hadir ke sesi latihan.
Saya jadi tak keruan dan tidak bersemangat.
Sebab itulah saya sanggup jemput dan hantarnya pulang.
Saya hanya percayakan Kak Ros untuk mengarahkan teater ini.
Penglibatan saya dalam teater ini juga disebabkan dia," katanya sambil
menitiskan air mata ketika ditemui selepas majlis pelancaran teater
DBLK, di Istana Budaya, baru-baru ini.
Terdahulu, Rosminah mendapat rawatan di Pusat Perubatan Ampang Puteri
pada 20 April lalu dan keadaannya kembali stabil dan dibenarkan keluar
pada 22 April lalu.
Sementara ketiadaan Rosminah, urusan pementasan dan sesi latihan
diambil alih sepenuhnya oleh penerbit teater, Siti Rohayah Attan serta
pengarahan dilakukan oleh penolong pengarah, Azhar Zainal.
Di samping itu, Nasha menjelaskan bahawa dia menerima tawaran untuk
terbabit dalam teater tersebut apabila memikirkan kerjasama menerusi
teater pertamanya bersama produksi CTRA Production, Lantai T. Pinky
berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Saya tahu, mana-mana produksi pun ada masalah tertentu. Akan tetapi
CTRA Production begitu profesional dan bijak dari segi pengurusan.
Selain itu, ia juga disebabkan teater ini diadaptasi daripada novel
hebat ulama terkenal Indonesia iaitu Profesor Abdul Malik Karim Amrullah
atau lebih dikenali sebagai Hamka," jelasnya.
Mengulas mengenai wataknya sebagai Zainab, dia memberitahu bahawa ia terlalu sarat dengan kisah percintaan yang menyayat hati.
Saya akan membawa watak Zainab, cerita ini sangat berat dan saya akui ini adalah cinta saya tahun 2014," ujarnya ringkas.
Antara pelakon lain yang terlibat dalam pementasan DBLK ialah Adi
Putra, Fizo Omar, Dafi Ismail, Elfira Loy, Yasmin Hani, Liza Abdullah
dan ia mula dipentaskan pada 9 hingga 18 Mei
Post a Comment