Power Bank ialah peranti yang di reka khusus untuk membantu
meningkatkan jangka hayat
ketahanan bateri peranti mudah alih
terutamanya telefon pintar dan tablet. Peranti ini memiliki fungsi untuk
menyimpan kuasa bergantung pada kapasiti Power Bank tersebut.
Fungsi Power Bank ini juga selalu diistilahkan sebagai pengecas mudah
alih yang boleh diusung ke mana-mana dan membantu mengecas peranti mudah
alih tanpa memerlukan elektrik. Kemampuannya untuk menjadi pembantu
ketika pengguna mengalami masalah kehabisan bateri semakin mendapat
tempat di hati pengguna.
Dengan perkembangan pesat pengguna
yang memiliki peranti mudah alih, industri Power Bank ini turut ikut
sama bertumbuh dengan kadar yang mengejutkan. Pelbagai pengeluar mulai
turut serta mengeluarkan produk-produk yang pelbagai bagi mendapatkan
perhatian pengguna. Tetapi, sejauh mana prestasinya pula?
Ciri dan fungsi
Sering kali pengguna yang ingin mendapatkan Power Bank tertanya-tanya,
apa ciri-ciri yang perlu diambil kira kerana Power Bank merupakan salah
satu peranti mudah alih yang mulai mencetuskan fenomena tersendiri
semenjak semakin ramai menggunakan telefon pintar dan tablet di seluruh
dunia.
Dengan penggunaan Power Bank, pelbagai masalah dapat
diatasi. Kerunsingan pengguna berkaitan bateri peranti mudah alih mereka
juga turut menjadi penyebab utama kepada pembangunan industri ini.
Walaupun peranti mudah alih mereka dilabelkan berspesifikasi tinggi
dengan bateri berkapasiti tinggi, ia tetap ada masalah.
Secara umumnya, pemilihan Power Bank memerlukan sedikit penelitian
seperti mana untuk memiliki peranti mudah alih yang lain. Hal ini
kerana, sesetengah pengguna mengadu Power Bank yang dibeli sering kali
mengalami masalah daripada segi produktiviti. Oleh itu, tip-tip berikut
boleh membantu anda.
1. Jenama
Secara kasarnya,
pilihlah jenama Power Bank yang sudah dikenali di seluruh dunia. Ini
kerana, di pasaran Malaysia khususnya sudah muncul banyak jenama-jenama
yang agak meragukan. Seboleh-bolehnya, pilih jenama yang memiliki
pensijilan UL untuk lebih kepastian dan keselamatan.
2. Syarikat pengeluar
Rujuk terlebih dahulu berkaitan syarikat pengeluar atau kilang yang
menghasilkan Power Bank yang bakal anda pilih. Sama ada benar syarikat
tersebut memiliki kepakaran dan industri bateri atau tidak. Ini untuk
mengelakkan anda terbeli Power Bank daripada syarikat yang tidak sahih
kewujudannya.
3. Kualiti
Kualiti bukan lah
penentu kepada prestasi Power Bank itu sendiri, tetapi ia akan memberi
kesan kepada kepantasan ketepatan memenuhkan bekalan kuasa. Selain itu,
jika kualiti Power Bank itu sendiri sedia maklum di tahap sederhana, ia
akan merosakkan kapasiti bateri pada peranti mudah alih anda.
4. Jaminan
Untuk keselamatan, cuba pilih Power Bank yang memiliki jaminan
sekurang-kurangnya setahun. Jaminan tersebut juga perlu diteliti
berkaitan terma dan syarat. Dengan itu, semasa pembelian semak di
manakah boleh anda menghantar Power Bank dengan jaminan jika ada
sebarang masalah timbul.
5. Ciri tambahan
Sesetengah Power Bank di pasarkan dengan ciri-ciri tambahan. Ini akan
memberikan nilai tambah kepada Power Bank tersebut. Ciri-ciri tambahan
seperti port tambahan dan sebagainya ini perlu juga diambil kira selagi
mana tidak menjejaskan fungsi utama Power Bank tersebut.
6. Kapasiti
Strategi perniagaan Power Bank di pasaran ialah mengumpan pengguna
dengan kapasiti yang besar tetapi dijual pada harga yang murah. Apa yang
penting, pilih kapasiti Power Bank mengikut keperluan, dan bukan
keinginan. Ini membantu untuk mengawal rasa ingin membeli dengan cepat.
7. Model
Model Power Bank ialah persoalan terbesar yang akan bermain di fikiran
setiap bakal pengguna. Dengan lambakan model-model Power Bank di
pasaran, pilih mengikut kesukaan anda termasuklah daripada segi saiz,
fizikal, binaan, warna dan sebagainya setelah mengambil kira informasi
di atas.
8. Bateri
Teliti berkenaan bateri pada
Power Bank anda di nota pemberitahuan dalam kotak. Cuba dapatkan
kepastian daripada pengedar bahawa bateri tersebut adalah tulen dan
bukan bateri yang diguna semula. Rujuk kepada pelekat-pelekat
pemberitahuan berkenaan ketulenan bateri pada Power Bank tersebut.
9. Ciri keselamatan
Jika boleh, pilih Power Bank yang memiliki ciri-ciri keselamatan khusus
yang mampu melindung peranti mudah alih dan anda sendiri. Usah segan
bertanya kepada penjual, adakah Power Bank ini memiliki ciri keselamatan
seperti perlindungan short circuit, pengecasan berlebihan atau suhu.
10. Indikator
Sesetengah Power Bank menawarkan isyarat indikator yang berbeza-beza
bagi sesetengah fungsinya. Ini sangat penting untuk mengetahui maklumat
pada Power Bank anda seperti kadar pengecasan, aktiviti sekarang dan
sebagainya. Dengan isyarat ini, pengguna dapat lebih peka berkaitan masa
pengecasan.
11. Output
Perhatian voltan pada port
output Power Bank yang sedang anda pantau. Contohnya seperti 5V/1A atau
5V/1.5A dan sebagainya. Ini kerana output ini memiliki pengaruh pada
proses kepantasan pengecasan dan juga pengeluaran kuasa secara maksimum.
12. Plug
Pilih Power Bank yang tidak terlalu khusus
untuk satu jenis peranti sahaja. Sesetengah Power Bank menawarkan plug
kuasa yang bervariasi bagi melengkapkan koleksi setiap jenis peranti.
Untuk itu, anda boleh tetap gunakannya walaupun menukar peranti mudah
alih.
13. Kabel original
Untuk penggunaan yang lebih
baik dengan ciri terbaik, Power Bank tersebut perlulah memiliki
sokongan untuk kabel data original peranti (telefon pintar atau tablet)
anda. Ini kerana, kabel data pengecas original peranti anda akan
mengalirkan kuasa daripada Power Bank dengan lebih stabil.
14. Harga
Tinjau harga Power Bank dengan kapasiti yang tertentu terlebih dahulu
sebelum mula memantau pada pengedar atau penjual-penjual. Pastikan anda
telah memiliki senarai secara kasar harga yang sepadan dengan kapasiti
Power Bank. Untuk itu, anda masih boleh menilai ada ia berbaloi dengan
apa yang anda mahukan.
15. Set Lengkap
Seperti ketika
membeli peranti mudah alih lain seperti telefon pintar, tablet dan
sebagainya, anda perlu lebih prihatin berkenaan set yang ditawarkan
secara percuma oleh pengedar Power Bank tersebut. Contohnya set lengkap
untuk Power Bank merangkumi A/C adapter, penyambung kabel, lampu
indikator dan lain-lain untuk menyokong prestasi Power Bank tersebut
Post a Comment