SESUNGGUHNYA sudah menjadi tanggungjawab semua umat muslimin untuk
meneruskan amal
ibadat masing-masing dalam kehidupan termasuklah setiap
kali munculnya bulan barakah, Ramadan al-mubarak.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu mengerjakan puasa
sebagaimana yang telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu.
Mudah-mudahan kamu bertakwa."
Bagaikan menunggu tetamu yang istimewa, Ramadan dinanti-nantikan oleh
seluruh umat mukmin di seluruh pelosok dunia. Dalam sejarah Islam
sendiri, Rasulullah SAW dalam sebuah riwayat dinyatakan bahawa enam
bulan sebelum tibanya Ramadan, Rasulullah telah mempersiapkan diri untuk
menyambutnya.
Bahkan bermula Rejab membawa ke Syaaban, baginda telah mengajar para
sahabat sebuah doa bagi mendapatkan keberkatan Syaaban sehingga
munculnya Ramadan dalam keadaan yang lebih bersedia.
Doa tersebut
berbunyi: " Ya Allah berkatilah kami pada Syaaban dan sampaikan kami
Ramadan."
Bersempena dengan kehadiran Ramadan pada tahun ini, elok kiranya kita
sama-sama bermuhasabah bagi merenung sejenak sejauh manakah kita
bersiap sedia untuk sama-sama menghayati fadilat Ramadan yang mencakupi
aspek emosi, jasmani, rohani dan intelek kita sebagai seorang Muslim,
khususnya dalam menjalani ibadat puasa.
Dalam hal ini cuba kita renungi catatan Imam al-Ghazali yang telah
membahagikan tahap puasa orang mukmin melalui tiga tahap tertentu:
* Terbaik (khusus al-khusus) - Seseorang Islam yang berjaya mengawal
puasanya daripada melakukan segala perkara yang membatalkan puasanya,
bukan setakat makan dan minum tetapi mencakupi keseluruhan perbuatan
atau tindakan lain yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala
puasanya.
* Khusus - Seseorang yang berjaya dan berusaha untuk menahan diri
daripada melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasanya,
tetapi dia masih lagi tidak dapat mencegah diri daripada maksiat batin.
* Umum - Seseorang yang berpuasa dan berusaha untuk menahan diri
daripada melakukan apa jua perbuatan yang boleh membatalkan puasanya
tetapi masih lagi tidak dapat menghindarkan diri daripada melakukan
maksiat zahir dan batin.
Antara punca-punca yang menyebabkan ramai dalam kalangan umat Islam
hari ini masih berada di tahap kedua dan ketiga sebagaimana dinyatakan
oleh Imam al-Ghazali adalah disebabkan nilai dan mutu kehidupan
seseorang itu sendiri yang masih berada di takuk lama, walaupun
menyedari sedang meniti hari-hari dalam bulan yang begitu berkat dalam
Islam.
Perbuatan seperti terlalu banyak bercampur dengan rakan-rakan yang
melebihkan tumpuan dalam hal keduniaan, hanyut dalam kealpaan dan
angan-angan, bergantung harap tidak kepada Allah SWT dengan sepenuhnya
dan makan serta tidur yang berlebihan.
Rasulullah SAW dalam sebuah hadis telah bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan perhitungan, Allah akan
mengampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu,
penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa daripada segala yang haram.
Jauhilah daripada suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan
beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah
sama. (riwayat Bukhari)
Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW ini dapat kita
laksanakan dengan syumul, perkara utama yang harus didahulukan adalah
menyiapkan diri untuk memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan
bernilai sepanjang berada dalam bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini
Home »
Bicara Islam
» Nikmati kehadiran Ramadan
Nikmati kehadiran Ramadan
Written By zabidi on Wednesday, 25 June 2014 | 11:29 pm
Labels:
Bicara Islam


Post a Comment