Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
TIDUR bola, makan bola, mandi bola, apa pun bola. Bermulanya Piala
Dunia 2014 menandakan kehangatan demam bola kepada jutaan peminat sukan
berkenaan di seluruh negara.
Sudah pasti dalam tempoh tinggal hampir tiga minggu inilah 'kaki-kaki
bola' ini akan bersengkang mata untuk menyaksikan perlawanan pasukan
pilihan mereka yang kebanyakannya berlangsung pada awal pagi.
Di Suzhou, China baru-baru ini menyaksikan seorang peminat bola sepak
mati dipercayai akibat kurang tidur selepas berjaga beberapa malam
untuk menonton siaran langsung Piala Dunia.
Lelaki yang berusia 25 tahun itu ditemui mati di hadapan televisyen di rumahnya di Suzhou berhampiran Shanghai.
Perbezaan waktu antara Suzhou dan Brazil ialah 11 jam.
Ini bermakna peminat bola sepak di China perlu berjaga sepanjang
malam untuk mengikuti perlawanan Piala Dunia, lapor laman web Yahoo
Sports.
Doktor memberitahu, kematian itu berkaitan dengan kurangnya tidur.
Menurut Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT),
Dr. Raymond Tan Suan Kuo, tidur ialah merehatkan badan dan minda
beberapa jam pada waktu malam ketika sistem saraf tidak aktif, mata
ditutup dan otot postur berehat.
Bagaimana jika keadaan sebaliknya berlaku apabila kita kurang atau
tidak tidur? Sudah tentu seseorang yang kurang tidur boleh menyebabkan
memori terganggu dan keletihan bahkan mampu membawa kepada risiko-risiko
buruk yang lain.
Sebenarnya, masalah ini dapat di atasi jika anda tidur seketika pada waktu siang.
Pun begitu, masih ramai menganggap bahawa tidur seketika pada waktu
siang merupakan sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang
beranggapan bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur seketika dapat menyegarkan
semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.
Amalan ini telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat dan umat Islam sejak dahulu.


Post a Comment