OLEH MOHD NASAIE ISMAIL
Gembira bercampur lega dengan pelantikan Datuk Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai salah seorang Naib Presiden Kesatuan
Ulama Islam Sedunia yang dipimpin oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Beliau
dilantik bersama Mufti Oman. Manakala Tuan Guru Abdul Hadi sendiri ulama
yang terjun dalam politik kepartian di Malaysia menggambarkan
keterbukaan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan ulama-ulama Islam seluruh dunia
yang menyertai muktamar kesatuan tersebut.
Ia berlaku di tengah
dunia Islam berada di persimpangan dan sebahagian umat Islam tercari
cari identiti. Ketika dunia hampir melupakan fobia Taliban, muncul pula
gerakan ISIS@ISIL yang mengundang fitnah baru kepada dunia Islam. Ketika
dunia Arab baru menikmati kebebasan demokrasi pasca Arab Spring,
penggulingan Mursi di Mesir melahirkan kekecewaan terhadap demokrasi
tersebut. Maka muncullah gerakan gerakan persenjataan yang diminati oleh
sebahagian anak muda Islam yang kecewa dengan pendekatan demokrasi yang
damai tersebut.
Tuan Guru Abdul Hadi mempertahankan pendekatan
damai dalam menyelesaikan sebarang konflik dunia khususnya di Syria dan
Mesir kini. Namun kadang kala ijtihad beliau dilihat bersendirian, hatta
sebahagian kita di Malaysia pun ramai menolak ijtihad beliau dalam hal
tersebut tanpa melihat lebih dalam.
Apabila berlaku peperangan,
di luarnya dilihat mudah, tetali untuk jangka masa yang panjang
kemusnahan akan berlaku dan sukar dibangunkan.
Kemudian suasana
perang mudah dimanipulasi oleh kuasa kuasa besar untuk mencatur sesuatu
yang akhirnya merugikan dunia Islam. Itulah yang berlaku di Afghanistan
dan Iraq serta berpotensi berlaku di Syria.
Kejayaan Tuan Guru
merintis perdamaian di Aceh Indonesia setelah berpuluh tahun hidup dalam
peperangan adalah satu contoh yang baik untuk diteladani.
Alhamdulillah,
anak-anak Aceh hari ini menikmati suasana damai dan fokus mereka
membangunkan ummah dan negeri mereka dengan baik.
Cara fikir Tuan
Guru ini dikongsi bersama guru beliau Dr Najmuddin Erbakan, anak
muridnya juga Erdogan, Dr Kamal Halbawi dan beberapa tokoh lain daripada
pelbagai negara dan mazhab.
Namun pasca pemergian Erbakan pada tahun 2011, dilihat ijtihad jalan damai Tuan Guru seolah-olah bersendirian dan terpencil.
Kita
bukan bimbang ijtihad ditolak, tetapi bimbangkan dunia Islam terjerumus
secara besar ke kancah peperangan dan extremism semakin berleluasa yang
menyebabkan mudah kita menjadi bidak catur kuasa kuasa barat.
Namun
cadangan Sheikh Yusuf Al Qardhawi dan penerimaan sebulat suara ahli
muktamar yang terdiri daripada ulama-ulama Islam seluruh dunia terhadap
pencalonan beliau sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia
memberi satu siar harapan yang cerah.
Sebagaimana Allah
memanjangkan usia Dr Yusuf Al Qardhawi sehingga 87 tahun hari ini,
begitu juga harapannya agar Allah panjangkan usia Tuan Guru Abdul Hadi
yang kini berusia 67 tahun untuk memimpin dan membimbing dunia Islam ke
tahap menjadi ummat lebih bermaruah, bukan dipijak dan dihina sebagimana
di Palestin dan lain lain wilayah Islam.
Sebagaimana kerajaan
Qatar yang menjadikan negaranya sebagai pengkalan dan pejabat kepada
Sheikh Qardhawi, begitulah selayaknya kerajaan Malaysia perlu
menyediakan sebuah institusi dan pejabat untuk pergerakan Sheikh Abdul
Hadi Awang sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Home »
Penulis Tamu
» Tahniah buat Tuan Guru Presiden PAS
Tahniah buat Tuan Guru Presiden PAS
Written By zabidi on Sunday, 24 August 2014 | 11:02 pm
Labels:
Penulis Tamu


Post a Comment