Menerima aplikasi Facebook, Messenger atau Pinterest pada jam tangan?
Pasti menarik kerana gajet pintar ini sama seperti aplikasi telefon
pintar serta boleh dihubungkan dengan sistem operasi Android 4.3 atau
sistem lebih canggih.
Oleh Nadia Hamid
Moto 360, bertindak balas dengan suara anda iaitu 'Ok Google' dan
anda boleh menghantar sistem pesanan ringkas, set temu janji, mengkaji
cuaca atau sebagai penunjuk arah.
Jam tangan berbentuk klasik iaitu bulat, menyediakan permukaan jam
yang besar dan luas, memberikan anda satu kepuasan tatkala meneliti
maklumat pada jam dengan selesa.
Diiringi kualiti pembuatan keluli tahan karat, Horween dan kaca
corning Gorilla yang teliti, anda pasti bergaya dengan kemasan sekali
gus tidak risau akan calar.
Jam digital pintar ini boleh dijadikan jam pada desktop atau meja
sisi, memiliki keistimewaan bateri tahan sepanjang hari, kadar
pengecasan tanpa wayar, kalis air serta dibina menggunakan pedometer
(alat menganggarkan jarak seseorang berjalan kaki dengan merakamkan
jumlah langkahnya).
Bagi atlet atau individu yang gemar bersukan, jam bernilai
kira-kira RM840 di pasaran tempatan dilengkapi pengawasan peranti optik
kadar degupan jantung.
Kepelbagaian fungsi dan persaingan sengit pembuat jam tangan
pintar, produk keluaran Motorola ini boleh dilaraskan mengikut selera
anda sendiri.
Sama ada memilih produk siap daripada kilang atau tukar rekaan tali
jam, kemasan dan permukaan jam seperti yang anda idamkan. Ada pilihan
warna stone, balck, light, dark untuk setiap kemasan.
Moto 360: Jam tangan pelbagai fungsi
Written By zabidi on Saturday, 29 November 2014 | 9:49 pm
Labels:
Teknologi


Post a Comment