Oleh NORSHARI NASIR
ISLAM agama relevan dengan setiap keadaan dan
tempat, bukan sahaja ia sesuai pada zaman baginda Rasulullah s.a.w.,
akan tetapi sesuai sepanjang zaman hingga hari kiamat. Ini kerana ia
adalah satu-satunya agama daripada Allah SWT yang lengkap, sejagat dan
menepati naluri manusia, termasuklah dalam isu pemakaian khususnya
kepada muslimat.
Islam menitik-beratkan persoalan menutup aurat
ketika berpakaian adalah untuk memelihara kehormatan wanita daripada
sebarang pencerobohan ke atas diri mereka. Namun etika berpakaian dalam
Islam mempunyai garis panduan dengan tidak berlebihan dalam hingga
dianggap sebagai fesyen.
Walaupun Islam tidak menghalang
berfesyen, ia mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Di
Malaysia masa kini nyata ramai yang berfesyen bertujuan untuk menonjol
pada khalayak ramai berbanding dalam mengekalkan imej bersopan mengikut
sunnah yang digariskan dalam Islam terutama golongan wanita. Bahkan
dilihat mereka telah semakin jinak dengan perkembangan hidup masyarakat
“luar” yang jelas tidak mementingkan agama sebagai nilai kehidupan.
Masyarakat luar yang dimaksudkan adalah masyarakat Barat yang kini
seakan-akan telah mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat Islam
khususnya di Malaysia pada ketika ini secara keseluruhannya.
Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen
semasa selagi panduan syarak diutamakan dalam semua keadaan dan mampu
mengawal diri supaya tidak melanggar batasan yang digariskan dalam Islam
terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
Aurat itu adalah perkara yang perlu dijaga dan ditutupi oleh semua anggota masyarakat Islam dulu kini dan selamanya.
Paling ketara kita dapat lihat dalam pemakaian tudung mula bertukar
menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin
moden.
Tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengutuk golongan
bertudung ini dengan mengatakan bahawa mereka pakai tudung tetapi akhlak
mereka tidak baik. Pada hari ini juga dapat kita perhatikan ramai
wanita mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung (menutup aurat
sepenuhnya).
Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan daripada
mereka masih belum mengenakan tudung yang benarbenar sesuai dengan
kehendak syariat dan hanya lebih selesa mengikut trend masa kini.
Dalam keghairahan bertudung mengikut pembangunan fesyen semasa, mereka
masih alpa mengenai aurat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dalam
kalangan umat Islam. Kini, pelbagai fesyen tudung dipakai mengikut
proses transformasi dan permodenan semasa. Namun, pemakaiannya masih
dianggap tidak sempurna jika masih menampakkan bahagian leher dan dada.
Menutup aurat bukan sekadar jika kepala sudah kemas diliputi tudung
sudah dikira menutup aurat tetapi wajib menutup seluruh badannya kecuali
pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan. Padahal telah jelas
dalil menyebutkan: “Dan hendaklah mereka menutupkan tudung ke dada
mereka…” (QS. An Nur : 31)
Dalam isu pemakaian tudung, ia bukan
sekadar berfesyen atau budaya untuk dijadikan ikutan semata-mata tetapi
demi menjaga maruah mereka sebagai wanita Islam. Jika wanita itu
berpakaian dengan sempurna pasti dapat mengelakkan diri daripada
melakukan perbuatan mungkar.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang
bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku
belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti
bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan
kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang,
berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang
melihat mereka.
Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget.
Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau
wanginya.” (Riwayat Muslim) Namun, apa yang ditonjolkan oleh golongan
wanita pada hari ini masih tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan
syariat Islam. Oleh itu, setiap wanita Muslim perlu mengambil serius
perkara ini supaya mereka terlepas daripada fitnah pandangan lelaki
bukan mahram selain menjaga maruah wanita Muslim.
Wanita juga
perlu mengelak daripada berhias atau berpakaian secara berlebihlebihan
sehingga menarik perhatian orang ramai. Islam tidak pernah melarang
umatnya untuk berfesyen dan mengikuti aliran fesyen terkini tetapi
pastikan setiap wanita yang bertudung menutup aurat keseluruhannya bukan
sekadar melepaskan batuk di tangga.
>> Penulis adalah siswi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM
Home »
Bicara Islam
» Berfesyen sekadar ikut trend atau sunnah?
Berfesyen sekadar ikut trend atau sunnah?
Written By zabidi on Sunday, 7 December 2014 | 9:45 pm
Related Posts :
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment