Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
MENGHORMATI ayat-ayat yang
dibaca dengan merasa riang hati, serta berasa tenang dengan al-Quran,
sudah pasti mereka tidak akan lalai. Andainya membaca al- Quran dengan
tujuan tersebut maka tidak hairan sekiranya mereka mengulang- ulangi
bacaannya. Dalam al-Quran terdapat perkara yang boleh menenangkan hati
pembacanya yang susah resah serta gusar, terkilan dan berserabut
fikiran.
Tiada penawar yang paling mujrab melainkan baca al-Quran.
Untuk mengubat hati yang gelisah rawan tidak perlu pergi ke pantai
dengar bunyi alunan muzik ombak. Orang bukan Islam ajar manusia Islam
menghibur hati dengan cara yang tidak Islamik itu. Bagi orang Islam
hiburan yang paling berkesan dan mendamaikan ialah baca al-Quran. Bukan
tidak boleh berhibur ke pantai dan tempattempat peranginan, itu adalah
perkara harus.
Tetapi jangan sampai timbul perkara lain
menyebabkan jiwa gelisah malam tidak tidur lena, tidak khusyuk solat
kerana terlihat perkara yang ditegah oleh syarak. Apabila terdapat dalam
al-Quran begitu banyak ayat yang boleh menghiburkan hati, orang Islam
tidak perlu mencari ketenangan dengan benda lain.
Memadalah
dengan al-Quran kerana ianya penawar hati yang sebenarnya jika memahami
kandungannya, yang penting dengan melakukan “Tadabbur” ertinya memikir
untuk mentadbir segala urusan hidup juga persoalan hati dan jiwa.
Umpamanya memikirkan keadaan ekonomi yang sempit, sedang masalah kehidupan begitu banyak dan pelbagai.
Yang dimaksudkan dengan mentadbir ialah apa saja persoalan kehidupan
duniawi, tetapi yang penting ialah permasalahan kehidupan yang abadi di
akhirat. Itulah yang dimaksudkan tadbir urus atau Tadabbur, datang buah
fikiran sedemikian apabila membaca al-Quran.
Kerana dalam
al-Quran terdapat ayat mengenai suruhan serta larangan, juga kisah
keingkaran umat terdahulu serta pelbagai nasihat. Semua itu termuat
penuh di dalam al-Quran menjelaskan apa yang sepatutnya dilakukan.
Tadabbur berbeza dengan persoalan hadir hati (hudhurul qalbi) yang
mengajak supaya tumpu pada al-Quran.
Kekadang terlalu tumpu
ketika membaca al-Quran, hingga tidak fikir langsung manis pahitnya
kehidupan duniawi, lantaran tumpu kepada bacaan al-Quran hingga tanpa
tadabbur.
Sedangkan maksud dan fungsi al- Quran diturunkan oleh
Allah SWT dari langit ialah untuk tadabbur, oleh itu sunat membacanya
dengan tartil.
Kerana dengan tartil dari segi zahir membolehkan
manusia memikir batinnya, justeru itu membaca dengan tenang dan tartil
memberi peluang yang luas untuk berfikir dan memahami maksudnya.
Berkata
Saiyidina Ali ibnu Abi Talib r.a. yang maksudnya: “Tiada kebajikan pada
ibadah yang kita tidak mengerti dan tiada kebajikan pada bacaan
al-Quran yang kita tidak memahami maksudnya.”
Oleh itu jika tidak
dapat memahami maksudnya, kecuali dengan mengulangi bacaannya, maka
ulangilah berapa kali hingga tercapai maksud sebenar, untuk memahami
maksud ayat yang dibaca.
Seperti yang diriwayatkan mengenai Nabi s.a.w.
dalam solat malamnya, baginda sentiasa mengulangi baca ayat yang sama
dari tengah malam hingga cerah fajar, iaitu ayat yang bermaksud: “Jika
Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba
Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al- Maidah ayat 118).
Inilah rayuan dan ratapan Nabi Isa a.s. yang diulang sebut oleh
Rasulullah s.a.w. dalam solat malamnya, jika ditimpakan azab maka azab
itu akan mengenai hamba Engkau sendiri (bukannya orang lain), jika
Engkau maafkan mereka maka sememangnya Engkau Maha pemaaf, Tuhan Yang
Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Nabi s.a.w. mengulangi bacaan ayat
tersebut dalam solat malamnya, kerana terasa amat mengharukan mengulangi
bacaan ayat yang sama tanpa bosan hingga menjelang fajar.
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya oleh seorang sahabat; ya Rasulullah
kenapakah aku kalau membaca al-Quran terlalu gemar membaca Qulhu wallahu
Ahad?”Lalu jawab Nabi s.a.w.: “Kasihnya engkau kepada surah
Qulhu wallah ini boleh membawamu ke syurga. Kerana “Qulhu wallah”
mengandungi sifat-sifat Allah SWT. Sabda Nabi s.a.w. jika membaca Qulhu
wallah tiga kali, ia menyamai tiga kali khatam al-Quran.”
Di
antara sifat Allah SWT yang terkandung dalam surah Al-Ikhlas ialah;
“Dialah Allah Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan
tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya.” Iaitu dengan tujuan
memahami al-Quran secara beransur-ansur, iaitu bahawa dia berusaha
menjelaskan tiap ayat perkara yang layak dengan ayat itu.
Kerana
al-Quran itu mengandungi sifat-sifat Allah SWT serta menyebut
ciptaan-Nya yang sangat hebat. Mengkisahkan ehwal para nabi juga ehwal
orang yang melawan dan mendustainya.
Mengkisahkan juga akibat kesudahan penentang para nabi dan mursalin, yang dibinasakan oleh Allah SWT.
Di samping menceritakan semua itu yang terpenting al-Quran menjelaskan
segala suruhan dan larangan Allah SWT, untuk kesejahteraan hidup di
dunia yang sementara.
Menyatakan nikmat syurga yang dikurniakan
kepada golongan yang taat dan muttaqin, azab neraka yang dikhaskan untuk
para penderhaka.
Home »
Bicara Islam
» Al-Quran sebagai sumber penawar, petunjuk hukum dan nasihat
Al-Quran sebagai sumber penawar, petunjuk hukum dan nasihat
Written By zabidi on Monday, 26 January 2015 | 3:21 pm
Related Posts :
Labels:
Bicara Islam
Post a Comment