Oleh:AJIM
Sesetengah pemilik telefon pintar akan mengalami situasi di mana suhu peranti menjadi terlalu panas
walaupun tidak digunakan. Keadaan
telefon yang panas boleh mengurangkan jangka hayat bateri, selain
menyebabkan masalah penggunaan seperti lag yang kronik dan telefon
restart secara tiba-tiba. Malah, dalam kes-kes yang lebih kritikal, CPU
dan bateri melebur lalu merosakkan peranti.
3 sebab telefon menjadi panas ialah isyarat lemah, beban kerja berlebihan, dan pengecasan bateri.
#1 PADAMKAN APLIKASI YANG TIDAK DIGUNAKAN
Kadangkala, beberapa aplikasi telefon berjalan serentak, sama ada
secara disedari atau tidak. Sesetengah aplikasi, terutamanya bloatware
akan berjalan di latar belakang secara automatik apabila anda
menghidupkan telefon. Oleh itu, anda perlu menyemak tetapan telefon dan
mengenal pasti aplikasi manakah yang meningkatkan beban kerja CPU dan
bateri, kemudian matikan atau buang sahaja aplikasi tersebut jika tidak
diperlukan.
#2 GUNAKAN SKRIN ANTI SILAU
Sesetengah pengguna telefon gemar menetapkan kecerahan skrin pada tahap
maksimum, lebih-lebih lagi ada skrin yang sukar dibaca di bawah
pancaran matahari. Sebenarnya, penggunaan kecerahan skrin yang tinggi
akan memberi kesan kepada bateri telefon dan meningkatkan suhu. Oleh
itu, gunakan pelindung skring yang mempunyai fungsi anti silau supaya
anda dapat melatakkan tetapan keceraha pada tahap sederhana.
#3 JANGAN DEDAHKAN TELEFON KEPADA PANCARAN MATAHARI
Selain peningkatan suhu dalaman, aspek luaran seperti pancaran cahaya
matahari secara terus juga boleh memberikan kesan negatif kepada telefon
anda. Lindungi peranti kesayangan anda itu dengan meletakkannya di
tempat yang terlindung dari matahari terik, dan jangan tinggalkan
telefon anda di dalam kereta pada siang hari.
#4 HIDUPKAN MOD PENERBANGAN
Dalam persekitaran yang mempunyai isyarat yang lemah, sistem operasi
telefon akan cuba mengimbas isyarat di kawasan tersebut dengan lebih
menyeluruh. Proses ini menggunakan lebih banyak kuasa dan menyebabkan
bateri menjadi panas. Sekiranya anda berada dalam situasi isyarat lemah,
atau pada masa telefon tidak digunakan (waktu tidur), tukar mod telefon
anda kepada mod penerbangan untuk menjimatkan bateri dan menghalang
telefon menjadi panas.
#5 TANGGALKAN PELINDUNG TELEFON
Pelindung telefon (protective case) memang boleh melindungi telefon
daripada impak fizikal, di samping menjadi aksesori yang cantik. Namun,
ia juga boleh memerangkap haba dan menyebabkan telefon anda menjadi
panas, terutamanya semasa bateri telefon dicas. Sekali-sekala, beri
ruang untuk telefon anda bernafas dengan menanggalkan pelindung
terutamanya semasa mengecas telefon atau apabila suhu telefon
meningkat.
Post a Comment