Tarikh 31 Ogos 1957 akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah Persekutuan Tanah Melayu. Tatkala itu, penyerahan watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj oleh wakil Queen Elizabeth II iaitu Duke of Gloucester menandakan berakhir kedudukan Persekutuan Tanah Melayu di bawah naungan British, berundurnya Britain dari tanah air; hatta pemasyhuran Persekutuan Tanah Melayu bermula.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan diiringi lagu kebangsaan, Negaraku yang pertama kali bergema di sebuah negara merdeka diikuti laungan azan serta tembakan meriam. Ini juga membawa kepada berakhirnya kedudukan Pesuruhjaya Tinggi British yang pada waktu itu ialah Sir Donald MacGillivray.
Kemerdekaan tanah air barang kali
berbeza dengan beberapa buah negara yang bukan melalui pertumpahan
darah. Ini tidak bermakna ia datang dengan mudah. Peristiwa yang
berlaku sebelum membawa kepada kemerdekaan wajar diamati untuk memahami
maksud mengapa ia sesuatu yang amat berharga. Memberi makna kepada
pengertian ini akan membolehkan kita menyoal erti ‘bebas’, ‘kedaulatan’,
‘adil’, ‘negara’ dan ‘merdeka’.
Ini semua merujuk kepada pemasyhuran kemerdekaan yang dibaca oleh Tunku Abdul Rahman. Antaranya berbunyi; “Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai 31 Ogos 1957, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah SWT akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.”
Sepanjang 59 tahun Malaysia sudah berubah wajah. Warisan kepimpinan yang bertanggungjawab kepada hala tuju masa depan negara memastikan dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kebebasan dan keadilan terpimpin tidak dikompromi agar rakyatnya hidup muhibah, aman dan sentosa. Pemasyhuran merdeka menjadi asas perjalanan pembentukan negara-bangsa ini yang ada zaman kegemilangan, kemerosotan dan pasang-surutnya tetapi tidak sama sekali menjadi penyebab kemunduran malahan perjalanan penuh liku dilalui bersama atas ‘prinsip kenegaraan dan warganegara’ merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-59 tahun ini. Adakah ini satu rutin tahunan yang disambut secara berkala atau sebenarnya diraikan setiap hari tanpa kita sedari?
Jati diri yang dibina oleh setiap individu baik seorang guru, kerani pejabat, pembersih bangunan, peguam, kontraktor, pegawai agensi kerajaan dan swasta, pensyarah, pemandu, doktor, pelayan kedai, wartawan, pemilik warung dan restoran, atlet dan ahli sukan, imam masjid, paderi, sami tokong, jurujual, petugas teknikal, jururawat, pentadbir atasan agensi dan bermacam lagi; kesemuanya warga Malaysia yang menyumbang kepada kebaikan pembangunan negara.
Sumbangan itu juga bersifat patriotik kerana tidak mengira kelas perjawatan mahupun kedudukan dalam strata masyarakat. Masing-masing sumbangannya besar kepada negara ini baik seorang yang berada di Gred 11, 19, 29, 41, 52, 54 mahupun Jusa A, B dan C dalam agensi kerajaan. Grednya berbeza kerana pangkat tetapi patriotisme merentasi latar tersebut kerana jika berjiwa Malaysia; grednya adalah luar biasa dan istimewa. Aspirasinya menyemarakkan semangat menghormati jata negara, bendera Malaysia, lagu Negaraku dan bunga raya dengan diikat panji Perlembagaan dan Rukun Negara.
Kesemua kita mempunyai peranan yang sama ke atas pembangunan negara ini kerana yang menjaga, membangun dan memeliharanya juga adalah tanggungjawab bersama.
Pemasyhuran merdeka dibuat atas prinsip untuk kesemua warga Malaysia hidup aman, sentosa dan muhibah walaupun rencam dari segi agama, etnik, ritual dan berbeza pegangan politik sekalipun tetapi kita mesti ‘bersama’ dalam mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Sumbangan masing-masing dalam apa bentuk sekali pun dengan penuh kejujuran dan keikhlasan adalah patriotik kerana mahu melihat anak bangsa ini maju, hebat dan membesar tanpa diperlekehkan oleh yang lain. Keluarga besar inilah ‘sehati, sejiwa’ di belakangnya; manifestasi ke atas pemasyhuran kemerdekaan 1957.
Pengisian kemerdekaan diwarnai dengan kewibawaan pemimpin, kepemimpinan dan masyarakat yang dipimpin. Kesetiaan kepada negara mendasari pencapaian hari ini. Ramai pembesar dan pejuang bangsa dan negara terkorban sebelum rundingan kemerdekaan bermula termasuk juga pengalaman di zaman penjajahan. Wira ini menzahirkan pembentukan negara yang pelbagai; ada nilai pengorbanan dan kompromi diliputi sulaman nilai hormat, faham, menerima serta budi yang tinggi. Generasi hari ini wajar menghargai sumbangan ini kerana kita tidak akan bebas tanpa pengorbanan dan kesetiaan mereka.
Sebenarnya, yang mahu dilahirkan dalam proses pengisian kemerdekaan berdasarkan pemasyhuran 1957 adalah ‘masyarakat kelas satu di sebuah negara kelas pertama’ iaitu negara yang maju dengan pelbagai prasarana moden seiring peredaran zaman dengan dihuni oleh masyarakat berilmu, berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Masing-masing mesti bersedia ‘Bela Negara’ dalam apa jua keadaan demi kedaulatan negara-bangsa ini.
Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-59!
PROF. DR. P. SIVAMURUGAN ialah profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM).

Post a Comment