KANSAS: Gelongsor air
tertinggi dunia akan dirobohkan selepas seorang kanak-kanak lelaki
berusia 10 tahun mati akibat patah leher ketika menggunakannya, pada
Ogos lalu.
Caleb Thomas Schwab maut di gelongsor air Verruckt di taman tema air
Schlitterbahn. Mangsa adalah anak kepada seorang wakil rakyat negeri
itu.
Permainan itu membolehkan pengunjung taman tema itu meluncur selaju 80
kilometer sejam.
Dalam satu kenyataan, para pegawai taman tema itu berkata, gelongsor
51.4 meter terbabit akan dihentikan penggunaannya, ditutup secara kekal
dan dirobohkan selepas siasatan selesai.
"Pada pendapat kami, ia adalah langkah terbaik susulan tragedi ini,"
kata mereka.
Polis berkata, Schwab menaiki gelongsor itu menggunakan bot udara kecil
bersama dua wanita lain yang hanya cedera ringan, ketika insiden
berlaku.
Permainan itu lebih tinggi daripada Tugu Kebebasan dan namanya bermaksud
"gila" dalam bahawa Jerman. Taman tema itu akan menunggu kelulusan
untuk merobohkan gelongsor itu.
"Kami akan mengumumkan pembinaan permainan menggantikan gelongsor ini,
pada masa akan datang," kata pegawai taman tema itu. - Reuters
Gelongsor air tertinggi dunia bakal dirobohkan
Written By zabidi on Thursday, 24 November 2016 | 9:53 am
Related Posts :
Labels:
Global
Post a Comment