Oleh Arya Putra
1.Google Chrome/Firefox
Rasanya tak perlu diceritakan secara terperinci akan keperluan memasang
pelayar web ini. Setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri. Terserah
kepada citarasa masing-masing. Abam sendiri menggunakan Chrome untuk
kesemua aktiviti internet.
2.SM Player/VLC
Pemain media semua dalam satu ini mampu memainkan pelbagai format media
tanpa perlu memasang codec tambahan. VLC sering menjadi pilihan terutama
pengguna Linux. Manakala abam pula memilih SM Player dek kerana boleh
'boost' volume melalui tetapan.
3. Winamp/Spotify
Mungkin ada yang akan kata ianya 'redundant' dengan nombor 2, tetapi
pada abam, aplikasi/perisian Winamp ini tidak ada tukar gantinya. Ia
pemain muzik terbaik dengan ciri-ciri yang tiada tolok banding. Ada
pelbagai pemain muzik di internet yang boleh dipilih, tetapi hanya ada
satu Winamp yang terunggul.
Spotify pula abam gunakan untuk strim lagu dengan mudah, yang dah
disiapkan dalam satu senarai main. Senang nak strim lagu raya. Heheheh.
4. WinRAR
WinRAR adalah aplikasi pengekstrak dan pemadat yang premium. Selain
ciri-cirinya yang banyak (yang biasanya abam tak teroka pun), ia juga
menyokong ciri tema. Kalau bosan dengan tema asal, boleh tukar saja
dengan mana-mana yang terdapat di internet (terutamanya di Deviant Art).
5. Revo Uninstaller
Betul, pengguna masih boleh menyahpasang aplikasi melalui Control Panel
tu, tapi jangan tak tahu, masih ada yang 'terlepas pandang'. Dengan Revo
Uninstaller, nyahpasang dilakukan secara total termasuklah apa yang
tertinggal di registry.
6.OpenVPN
Hah, tak payah la abam nak tulis panjang lebar, sementelah blog ini pun
banyak sudah menulis tentang VPN umumnya dan OpenVPN khususnya. Abam
sendiri menggunakan TheLan VPN sebagai servis VPN terbaik dan termurah
yang boleh didapatkan.
7. Internet Download Manager
Hahah, Internet Download Manager (IDM) ni abam bagi nama secara umum
lah. Kalau pendek cerita, mana-mana pemuat turun lain yang anda lebih
gemari juga boleh digunakan, EagleGet dan FlareGet sebagai contoh. Tiada
pemuat turun tak lengkap rasanya.
8. Perisian Pejabat
Microsoft Office adalah alat (tool) yang mesti ada bagi melengkapkan
sistem operasi. Melainkan anda memang hanya menjadikan PC anda sebagai
tempat operasi untuk bermain permainan dan pusat media, maka perisian
pejabat tidak dapat tidak wajib dipasang.
9. Netspeed Monitor
Sebenarnya aplikasi ini tidaklah begitu kritikal kepentingannya, tetapi
dah jadi 'habit' pulak pada diri abam sendiri, suka melihat kelajuan
internet sewaktu menggunakannya. Apabila perlahan sekurang-kurang kita
tahu berapakah 'keperlahanannya' tu. Heheheh. Dengan itu bolehlah kita
troubleshoot pula apa yang tak kena.
10. TeraCopy
Kalau dalam Windows 10, rasanya dah tak perlukan kepada aplikasi ini.
Tetapi dalam Windows 7, ia masih relevan. Sedikit-sebanyak ia dapat
melajukan proses salin dan tampal pada sistem anda.
11. DFX Sound Enhancer
Eheh, abam tak klasifikasikan ini sebagai wajib lah, tetapi kalau anda
memang jenis 'kaki muzik', pasanglah ia. Pasti anda tidak akan dapat
melayani muzik tanpanya selepas ini.
12. Pembaca PDF
Pada abam, abam lebih suka menggunakan Foxit Reader berbanding pembaca
PDF yang lain. Ia banyak pilihan pada tetapan untuk menyesuaikan
kegunaannya dengan diri kita. Siap ada tema.
Jadi inilah sedikit-sebanyak perkongsian aplikasi yang perlu dipasang
selepas setiap kali anda format peranti anda. Sekiranya ada cadangan
untuk tambahan, anda boleh komen.
Perisian Wajib Pasang Setiap Kali Selepas Melakukan Format
Written By zabidi on Monday, 30 January 2017 | 7:03 pm
Labels:
Teknologi
Post a Comment